CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makin Melampau! Dahlah Tak Nak Vaksin Anak, Mufti Pula Digelar Penunggang Agama

20-12-2019 10:32 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8430| Komen: 37|Original author: Oleh: natrahn


Isu vaksin kembali menjadi pertikaian usai kes polio kembali muncul di negara kita baru-baru ini. 

Malah lebih menyedihkan apabila golongan ini turut menolak, merendahkan dan memperlekehkan fatwa dari mufti seperti dikongsi di Facebook Amirul Azmeer Asmadi ini.


Mufti keluar fatwa sebab nak jaga air muka dan kedudukan



Mufti penunggang agama...



Alim ulama tiada ilmu vaksin...



Fatwa ambil dari info kesihatan, bukan dari dalil


Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Mufti mengeluarkan hukum dan fatwa berdasarkan kepentingan rakyat secara menyeluruh dan bukan bersandarkan keperluan individu semata-mata.

Seperti yang disebut oleh kaedah fiqh;

"Hukum yang dikeluarkan pemerintah ke atas rakyat perlu mengambil kira maslahat (rakyat yang berada di bawah tanggungannya)."



Membimbangkan!

Walaupun Mufti sudah memberikan penjelasan panjang lebar dan disokong berpuluh-puluh dalil agama serta hujah, golongan anti-vaksin ini tetap akan kata;

"Tak apa, itu sekadar pendapat peribadi dia sahaja. Mufti lain, ada pendapat lain lagi. Kita pilih saja mana yang kita rasa paling tepat."

Golongan ini tetap cuba mendahulukan pendapat diri mereka berbanding kata-kata ulama. Fakta-fakta doktor boleh dipusing sesuka hati dan kata-kata ulama boleh ditolak sesuka hati.

Hal ini sangat membimbangkan kerana kita bakal terjatuh dalam kelompok 'Ruwaibidah' yang diberi amaran oleh Nabi SAW.


Kredit Foto : Islam Islami

Seperti hadis yang diriwayatkan Saidina Abu Hurairah RA:

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.

Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidah ? maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

Imam al-Syatibi rahimahullahu ta'ala ketika mensyarahkan mengenai makna "Ruwaibidah" ini di dalam kitabnya al-‘Itisham menyebutkan, makna "Ruwaibidah" ialah "Orang yang bodoh & keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap mengenainya." [al-‘Itisham, 3:100]

Kredit Foto - Rojakdaily

Pendebatan berkaitan isu pengambilan vaksin di negara ini wajar dihentikan kerana ia jelas perkara harus dan boleh jatuh hukum wajib apabila melibatkan ketahanan imunisasi tubuh kanak-kanak.

Sekiranya mereka tidak hormatkan doktor yang ahli dalam bidang perubatan, tolonglah hormat para ulama dan mufti yang sudah sedia maklum lebih berautoriti (ahli) dalam bidang agama.

Apabila kita memilih untuk "menjauhi" vaksin, kita membuka ruang untuk meruntuhkan "herd immunity" dan seterusnya menjemput bencana penyakit.


2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Mejami

  • jajangmyeon

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RumiMenari 20-12-2019 10:38 AM
Dah melalut... Asalnya pasal vaksin je.. kesan x vaksin kot{:smile
Quote Lolalala 20-12-2019 11:01 AM
Adoiii melampau laaa masyarakat sekarang. Lagi bila ramai yg rasa diri tu maksum
Quote Meiizu 20-12-2019 11:26 AM
anti vaksin ni memang tak pakai otak... dia sihat jaaaaa kena vaksin
Quote renko 20-12-2019 11:57 AM
dalil kepala ayah kau
bungkor punya anti vaksin
Quote meow_tompok 20-12-2019 12:05 PM
you all semua pernah jumpa in real life anti-vaxx?
kalau pernah, apa dorang ckp sampai tak nak vaksin anak

Terpengaruh dgn Jerry D. Gray kot derang ni

Quote natrahn 20-12-2019 12:22 PM
meow_tompok replied at 20-12-2019 12:05 PM
you all semua pernah jumpa in real life anti-vaxx?
kalau pernah, apa dorang ckp sampai tak nak vak ...

pernah... tapi dorang kuat pula makan vitamin shakleelele
Quote Cookingholic 20-12-2019 12:26 PM
meow_tompok: you all semua pernah jumpa in real life anti-vaxx? kalau pernah, apa dorang ckp sampai tak nak vaksin anakTerpengaruh dgn Jerry D. Gray kot derang ni

Pernah. Diorg cakap kalau anak dah nak sakit tuh sakit jugakla tak kira vaksin ke tak. Aku terus tak sambung sbb malas nak cakap ape2.
Quote Cookingholic 20-12-2019 12:30 PM
“Hakikatnya alim ulama xde mengaji bab vaksin.”

Hahaha. Main petik jer ayat ikut sedap anak tekak kan. Bila doktor yg sah2 mengaji pasal immunology bagi nasihat pun engkorang tolak jugak kan.
Quote fliphair8 20-12-2019 12:45 PM
boleh delete tak pepuak anti-vaxx ni?
Quote Catpaw 20-12-2019 01:10 PM
Antivak sila berpindah ke pulau bidong beramai2 duduk sana jgn ganggu kami yg nak bervaksin ni
Quote Rahah 20-12-2019 01:19 PM
B*d*h... geram pulak iols... mufti yang bagi ilmu pun dia komen penunggang agama... ingat mufti bagi pandangan tu saja2 je ke...
Quote renko 20-12-2019 02:58 PM
mufti penunggang agama abis barua2 setan anti vaksin ni penunggang apa?
penunggang punqkoq mak pak depa ka
Quote mdhelmi 20-12-2019 03:05 PM
hmmm cedok komen netizen lagi utk dijadikan topik
netizen ni semua benda xpuas hati
semua benda nk diisukan
semua benda nk dipertikaikan
semua benda nk disalahkan
benda yg xkan habis
baik jgn layan buat semak minda je
Quote Cassieopeia 20-12-2019 03:16 PM
doktor cakap korang tak dengar, mufti cakap tak dengar juga. so pegi duduk dalam hutan please. kalau sakit tau plak pegi hospital!!
Quote doubleA 20-12-2019 05:48 PM
whoareyusss? iols percaya pak mufti dan doktor lagi
Quote Perawankota 20-12-2019 06:30 PM
X abis2 LG puak2 antivax ni
Quote salmon-suki 20-12-2019 07:12 PM
Suke laa AssAss tu..ada jgk manusia bebal mcm dia..mcm y ai ckp before this,sila hantar mereka ni ke satu pulau mcm alcatraz tu and biar dorg membiak je kt situ..kita tgk laa mcm mn dorg bertahan..
Quote Buritan 20-12-2019 08:22 PM
Cookingholic replied at 20-12-2019 12:26 PM
Pernah. Diorg cakap kalau anak dah nak sakit tuh sakit jugakla tak kira vaksin ke tak. Aku terus t ...

Sambung je better u shoot anak u dgn senapang gajah
Quote DaisyD 20-12-2019 08:42 PM
Yang diaorang dok kata vaksin agenda yahudi. Mat salleh kata vaksin agenda islam. Bila vaksin anak tapi sakit, kata vaksin salah. Yang dia tak vaksin anak tapi sakit juga, kata takdir.

Yang nak pergi umrah haji kena vaksin, agenda siapa pula?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.094907 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top