CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Boleh Daftar Lah Rupanya!" - Mahu Air Percuma? Cepatlah Daftar Sebelum 31 Disember 2019

23-12-2019 10:51 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 2932| Komen: 9|Original author: fnz

Berita baik buat rakyat Selangor. Kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan air percuma Selangor 2019 melalui Skim Air Darul Ehsan. Pengguna Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah boleh terus menikmati air percuma melalui pendaftaran antara 30 September hingga 31 Disember 2019. 


Foto: Carian internet. Program air percuma

Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan.

Dato Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semakan silang butiran pemohon dengan LHDN bermula tahun depan, selepas tempoh pendaftaran ditutup.

Tambah beliau lagi, pemohon akan dimaklumkan selewat-lewatnya penghujung Februari 2020, iaitu sebelum pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan yang akan bermula pada 1 Mac 2020. 

Sehingga tarikh berkenaan, 1.6 juta pemegang akaun yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat itu sehingga 29 Februari 2020.

Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh diperolehi di beberapa saluran termasuk di semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan laman sesawang Air Selangor.

Pengguna boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my. - CARI 

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Kurex


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-12-2019 12:17 PM
baguslah.. tapi jngan lepas tu cakap "MELAYU HARAPKAN BANTUAN KERAJAAN"
Quote Mary_jane 23-12-2019 12:32 PM
Bagus dah tu bagi free. Then asyik lah terputus tanpa notice awal.
Quote diggerr 23-12-2019 01:22 PM
Bagusssssss
Quote Ladybird910 23-12-2019 02:08 PM
Siapa tau cmne nk daftar?? Article sume dok ckp blh daftar..tp xde sapa share step2 nk daftar...bantuinnnnn kami {:shy
Quote supernaturalee 23-12-2019 02:48 PM
Ladybird910 replied at 23-12-2019 02:08 PM
Siapa tau cmne nk daftar?? Article sume dok ckp blh daftar..tp xde sapa share step2 nk daftar...bant ...

kan ade bg address utk isi online kt ats tuharuslah ade details t&c ape semua kt situ


dh nk bg air free, proses nk isi pun kena bersuap jgk ke


Quote Artemesiaa 23-12-2019 03:50 PM
Elok2 bulan ni ramai dah mula dikenakan bayaran tup2 bekalan air tercemar pula mana tak angin
Quote Ladybird910 23-12-2019 04:21 PM
Edited by Ladybird910 at 23-12-2019 08:23 AM
supernaturalee replied at 23-12-2019 06:48 AM
kan ade bg address utk isi online kt ats tuharuslah ade details t&c ape semua kt situ




Ahaha..ade ye.xperasan..scroll lelaju sgt masa cari tadik...address pon terselit hujung donia.nway macih inform ye.heheh
Quote salmon-suki 23-12-2019 08:26 PM
Nanti dah dpt air percuma,kalau xde air,rakyat xleh bising2 ler..hihi~almaklumlaaaa...percumaaaaaaa~~
Quote GigaMom 24-12-2019 11:26 PM
X pernah merasa rezeki bantuan kerajaan
Semoga sampai pada yang memerlukan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.080415 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top