Ramai terkejut dengan gambar yang dimuat naik oleh pelakon Izara Aishah di laman Twitter miliknya. Apa sudah jadi? Muka lebam dan cedera yang agak teruk! Sebenarnya, menurut pelakon ini, dia terpaksa meneruskan penggambaran walaupun mengalami kecederaan pada wajahnya.
"Ketika melakonkan babak dalam Ombak Rindu, sesuatu telah terjadi kepada saya. "Ada scene dalam tu lebam saya lebam betul, bukan make up. Sebab tu wajah saya nampak pelik ketika itu. Mereka cuba untuk cover dengan make up. Katanya lagi, jika tidak sampai tahap 'meninggal dunia' maka sesi shooting itu jangan haraplah nak dihentikan. "Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga," ujarnya. Semestinya pendedahan ini menyebabkan ramai terkejut dan dalam masa sama tertanya-tanya apa yang terjadi kepada Izara sebenarnya? Apa pula pendapat anda? - CARI |
edoraixora replied at 19-12-2019 03:51 PM
kenapa gigi dia pelik?
dia kena tumbuk dgn siapa
Catpaw replied at 19-12-2019 03:57 PM
Gigi patah2 betul2 ke tu? kalau macam ni boleh sambung balik tak
Victorioussss replied at 19-12-2019 03:48 PM
Lebam mata tu adalah lebam kene tumbuk
Sebab iols selalu tengok berita tahun 1998 - 1999 ade seor ...
astatine replied at 19-12-2019 04:13 PM
Eleh..kat huliwud tu siap patah kaki, patah tangan. Tetap je proceed shooting
keypochino replied at 19-12-2019 04:20 PM
Rasanya dia ada bgtau hrtu dia eksiden. Patah gigi. Kat rancangan tv.. lupa meletop ke melodi ke apa ...
AshkieLa replied at 19-12-2019 04:31 PM
haa tula.. macam terngiang ngiang jugak info pasal ni..
rasa mcm sheols jatuh motor ke ape masa s ...
ADVERTISEMENT