Penyanyi Nora Ariffin telah memuatnaik gambar serta kenangan terakhir bersama arwah anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20 menerusi laman Instagramnya setelah anaknya itu meninggal dunia secara mengejut beberapa hari yang lalu.
Memetik laporan murai.My, Nora dilihat begitu rindukan anak kesayangannya itu dan berkongsi perbualan terakhirnya bersama Allahyarham Alif. Alif meninggal dunia di rumah sebaik menghantar Nora ke lapangan terbang. Dedah Nora, anak keduanya itulah yang menjadi penemannya sejak Arwah suaminya meninggal dunia dan anak sulungnya, Iman berkahwin dan tinggal berasingan. "Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami. "Setelah Johan tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan. Alif lah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah. "Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya," luah Nora lagi.
Lebih pilu, Nora turut memberitahu setiap tiba kali hari lahir Alif , anak kesayangannya itu akan membelikan hadiah istimewa buatnya. Bertabahlah Nora kerana akhirnya kita semua akan kembali ke tempat yang sama.- CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|