Pelakon jelita, Tiz Zaqyah dilaporkan sudah putus cinta dengan kekasih hatinya, Syed Hafiz sejak beberapa bulan lalu seperti dilaporkan oleh Harian Metro. Sebelum ini, aktres itu ternyata tidak kedekut untuk berkongsi kisah cintanya dengan peminat apabila dia telah memuat naik foto mereka bersama di akaun Instagram miliknya sejak Disember tahun lalu. Pelakon tersebut turut mengakui dia lebih selesa hidup solo ketika ini berikutan rasa penat dan terbeban akibat perlu menjaga hati dan perasaan si dia sepanjang menjalin hubungan cinta. Tiz, 31 atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata, tiadanya persefahaman antara mereka berdua menjadi punca percintaan mereka kecundang di pertengahan jalan. "Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin. Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan," akui Tiz kepada Harian Metro. Ini bukanlah satu-satunya percintaan aktres itu yang kecundang kerana sebelum ini dia pernah menjalin hubungan cinta dengan hero Malaya, Remy Ishak sekitar tahun 2013. Seterusnya dia berpacaran pula dengan rakan sekolahnya, Daniel Haziq selama beberapa tahun sebelum hubungan itu turut terputus di tengah jalan. Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya! Walau sering dirundung malang dalam percintaan, pelakon drama bersiri Sara Sajeeda di TV3 itu menafikan dia serik untuk bercinta, malah dia terbuka untuk berkawan dengan orang lain. Namun buat masa ini, Tiz memilih untuk fokus terhadap kerjaya lakonannya setelah kembali aktif berlakon selepas lama berehat. Kasihan Tiz, diharapkan jejaka yang mendapat tempat di hati Tiz satu hari nanti akan berakhir di jinjang pelamin! - CARI |
RumiMenari replied at 20-12-2019 10:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"
Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...
RumiMenari replied at 20-12-2019 10:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"
Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...
RumiMenari replied at 20-12-2019 02:18 AM
"Boleh tahan ramai koleksi boyfriend Tiz ya!"
Tt, sy rasa offended dgn statement ni.. bukannya se ...
ADVERTISEMENT