CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tidak Lagi Bertudung, Ernisha Perjelas Dirinya Tidak Mahu Jadi Hipokrit

21-12-2019 09:00 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12022| Komen: 46|Original author: intan

Bekas peserta Dewi Remaja, Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman,  mengakui dirinya kini sudah tidak lagi berhijab.

Pernah dilanda kontroversi kerana berpesta di kelab malam dengan berpakaian separuh bogel, Ernisha mengambil keputusan untuk tidak mengenakan tudung lagi kerana enggan mempermainkan agama Islam. 


Kredit foto : Instagram

Ketika ditemui Harian Metro, beliau yang kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan ini juga enggan dilabel sebagai wanita munafik dan hipokrit.

"Saya akui sudah tidak berhijab kerana bukan mudah untuk bawa imej wanita muslimah,"

"Saya juga mengaku sebelum ini memang 'on' 'off' ketika berhijab sehingga ramai yang mempersoalkan pendirian dan penampilan saya yang sebenar," ujarnya lagi.


"Ianya bukan perkara mudah. Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia ada kalanya iman tu naik dan turun." 


Ernisha juga beranggapan kecaman teruk yang diterima beliau membuatkan dirinya berasa sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama.

Dipetik Harian Metro, keluarga Ernisha juga sentiasa mendoakan agar dirinya mendapat kekuatan sebenar untuk berhijab sepenuhnya selepas ini. 

Dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan sentiasa mendoakannya. Mengakui ibunya yang menyuruh beliau berhijab meskipun hati belum bersedia ketika menyertai Dewi Remaja tempoh hari, Ernisha tetap mencuba walaupun hidayah itu belum tiba," jelasnya lagi.


Mengakhiri perbualan, gadis ini meminta netizen terutamanya untuk berhenti mengecam tetapi sentiasa mendoakan dia dan insan di luar sana yang masih mencari identiti diri supaya iman terus kuat untuk terus berhijab di masa hadapan.

Perkembangan terbaru, Ernisha kini sedang menceburkan diri dalam bidang lakonan dalam beberapa drama bersiri RTM selain aktif menerima tawaran sebagai hos.-  CARI

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paanley 21-12-2019 09:10 AM
whoareyusss sangat
Quote Kurex 21-12-2019 09:13 AM
kalau dia lalu sebelah aku pun, tetap aku tak kenal
Quote pinkzara 21-12-2019 09:21 AM
Apa kata kau? Bukan mudah bawa imej wanita muslimah? Owh.. Bawa imej wanita bitch lagi mudah rupanya
Quote Laracrop 21-12-2019 09:27 AM
Lara tgk kat ig dia. Xdelah helok.mana pun dia jadi emcee..terkial2 baca salutasi pada vip yg hadir.. Dia ni yg budget muka cam nelopak..dan yg buat drama masa xterpilih  rancangan mentor ngan dato syafinas pada zaman dahulu.
Quote najib888 21-12-2019 09:44 AM
Tidak mahu mempermainkan Islam?  Bodoh sial kenyataan minah ni..
Quote September14 21-12-2019 09:45 AM
Bukn dah ada ke benang ni?
Quote kiyudi 21-12-2019 09:50 AM
good job sis..

hipokrit is haram

tak tutup aurat is not harammm

hareyyy
Quote miss_strangers 21-12-2019 09:56 AM
Bagus dik..jangan cemarkan nama baik tudung. Awak pon nak berada kat dunia seni kan? Conperm xleh lari sentuh sana sini even berlapik..hakak rengsa betul tengok pelakon bertudung..tudung asal syarat sbb last2 Ada jugak scene terpegang walaupon berlapik..jadah nyer!
Quote jijilaaa 21-12-2019 10:03 AM
awal2 start lagi kau dah tabur pasir dlm periuk nasi ko...xkemana la dikkk
Quote djzara81 21-12-2019 10:13 AM
Baik retis or non retis, asal cabut tudung je self declared tak nak hipokrit or wanna be myself.
Quote RyanaMohainiza 21-12-2019 10:28 AM
Statement yg agak bodohlah dari ko...  Xtau apa fungsi ko dalam industri ni
Quote Ladybird910 21-12-2019 11:52 AM
Xde dai ka pu ka im ka nak bagi surat terbuka kat si erni ni?

Oh well..lupa plak ernie ni xpemes pon..sape je nk mnempel..wkwkwk
Quote chicozinn 21-12-2019 12:14 PM
Dewi coli ni pun salah sorang yg dikatakan persis jahlop..adekah pasni jahlop pun bakalan flying her shawl gittuhh??
Quote hyie 21-12-2019 12:25 PM
mahayam @Asdan 1, sis @Kurex 0
Quote RatuDunia94 21-12-2019 12:25 PM
Ha'ah.. better off je tudung tu.. so bebas jd retis x payah nk bersyarat x leh pegang, baring atas katil etc..
Quote cikkittydiva 21-12-2019 01:02 PM
Asal muka mcm jahlop mesti nak ada post byk kali.. next...
Quote Adm89 21-12-2019 01:04 PM
Mcm jahlopak versi pprt ni
Quote Meiizu 21-12-2019 01:16 PM
Kaau dah jadi artis atau involve dlm dunia glemer..takyah lah bertudung dari awal sampai akhir.
Nak bertudung kalau tak telibat lagi dah
Quote kiah_mai_pulak 21-12-2019 01:21 PM
sesuai lah muka kau utk slot rtm

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.121072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top