CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Stop Guna Aku Kau, Kakros Stop Cakap Kasar, Buang Karakter Sally" - Warganet Tegur Produksi Upin Ipin

20-12-2019 12:53 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12436| Komen: 62|Original author: Shimmer shine


Disebabkan kartun Upin dan Ipin tidak kena dengan seleranya, seorang warganet menyarankan penerbit Les Copaque untuk menghentikan produksi mereka jika tema kartun tersebut tidak diubah.


Bahasa 'aku, kau', watak abang Sally, Kak Ros yang garang dan 'betul-betul' antara yang diminta diubah. Menegaskan semua itu memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ianya mendapat respon besar-besaran dari warganet lain.

I


Rata-rata mereka menyatakan yang kartun memang memberi impak kepada pembesaran anak-anak namun ibu bapa lah yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan apa yang betul dan tidak. Kenapa anak orang lain boleh menjadi baik dengan Upin Ipin dan anaknya tidak?


I

Disebabkan mendapat kritikan bertalu-talu, wanita yang juga ibu kepada seorang anak akhirnya memadamkan kicauan tersebut. Bagaimanapun ianya masih diparadikan oleh pelayar Twitter yang lain.


I

Setakat ini, tiada kenyataan dari Les' Copaque, bagaimanapun ada status mengenai mengapa layanan Kak Ros kepada Upin Ipin tersebut. 

I


Begitu lah, mungkin tidak semua boleh menerima pandangan orang lain tetapi apa sahaja teguran seharusnya dibuat dengan mengambil kira sensitiviti juga. Usahlah mendabik dada seolah-olah dia sahaja yang betul. Jika ianya tidak sesuai boleh sahaja elakkan terus. Apa kata anda? - CARI 



9

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • jajangmyeon

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msbegawan 20-12-2019 01:28 PM
iolls ada jugak retweet sis yg share tweet atas tu
tbh iolls setuju dengan dia
dulu masa i tengok upin ipin time adik2 i kecik lagi, memang tak berkenan
weolls dah la jenis tak guna aku kau kalau cakap dengan family
so bila iolls dok dengar upin ipin dok bising2 aku kau, then kak ros nya pun dok marah2 tengking2
rasa macam omg annoying nya
terus iolls cakap kat mama iolls jangan bagi adik2 tengok cerita tu
yg karakter sally tu, betul betul betul tu okay je lah

but yeah adik2 iolls tengok je cerita tu akhirnya
now dah besar pun takde lah kasar percakapan
maybe sebab family sendiri jenis cakap sopan
Quote diggerr 20-12-2019 01:51 PM
Control apa yang dihidangkan pada anak anak
Quote VuJiE 20-12-2019 01:53 PM
adeeee je x kene
Quote firdAwAni 20-12-2019 01:54 PM
Yelah.. Mmg le kakaknya yg akn didik adik2 nya..tp x nk le guna kau aku. Bdk2 thp 1 x comei le ckp aku kau.. Awk sy comei le.. Hik3..
Quote Nt-ViruS 20-12-2019 02:32 PM
Edited by Nt-ViruS at 20-12-2019 02:35 PM

yang komen tu mesti gemuk. selalunyer perempuan gemuk ni memang entitled skit. suka berlagak pandai dan perasan cantik. annoying giler, banyak kali jumpe dah.
sapa yang triggered dengan komen ni mesti gemuk juga.

Quote Orix 20-12-2019 02:50 PM
tak payah tgok kartun dek. kau tgok tanya lah ustaz ke forum perdana ke pencetus ummah ke dai ke yg cakap lemah lembut, ujong2 perangai setan...kowserrr
Quote makneng 20-12-2019 02:55 PM
Apa yg over sensitip sgt? Karakter tu semua wujud dlm kehidupanseharian kau wahai tahi twidder
Quote RatuDunia94 20-12-2019 02:59 PM
Nonsense.. siap yg ckp perkataan "aku kau" tu biadap??? Itu just one of the kata ganti nama diri je kot.. kenapa bahasa melayu kena ada "aku kau" dan "saya awak"??
Quote dhiakandar 20-12-2019 03:04 PM
mungkin antara upin dan ipin dgn kekawan dia nak bahasakan aku kau tu rasanya takde masalah kot. cuma k.ros tu bila bercakap dgn adik2 dia guna la panggilan nama.
anak iols selalu je tgk upin ipin ni tp dia ber aku kau dgn kengkawan sekolah je. kat umah pernah je tersasul sebut aku dan sebagai mak time ni la kita nak didik nak betulkan percakapan diorang
Quote Cyempaka 20-12-2019 03:09 PM
mengada-ngada aih. konon dia bersopan sgt la tu. kakros cakap nada tinggi je, bkn dia maki hamun pun. dengan opah dia cakap elok lembut je.
dah tu apahal nak kena stop betul betul betul tu pulak. itu kan ayat yg buat orang kenal itu upin ipin. macam trademark derang.
Quote legal_jue11 20-12-2019 03:36 PM
Jangan beri anak tengok upin upin la , ramai aje my fren yg tak beri anak2 tonton upin upin atas sentimen yg sama tapi diaorg keep it to themself je sebab fikir ramai aje parents yg benarkan anak2 utk tonton sebab fikir ianya tak jadi masalah dan tanggungjawab parents la nak tegur mana yg dianggap buruk/negative dalam kartun tu...kenapa meroyan much..adoila hai..petty sangat la kau ni dik..siap suruh stop production la bagai..omgggggggg
Quote Kurex 20-12-2019 03:40 PM
ok.. tuihhder lagi..
sebab tu aku tak layan tuihhhder, sebab orang mentaliti macam ni salah satunya..
aku ok je dgn upin ipin..
yg konon tak sopan tu, kentut jugak dekat public..
Quote buapakperut 20-12-2019 03:46 PM
sis tengok upin ipin padahal banyak nau yang tak bekenan, ce tengok oma hanna je, sis ni masa kecik padahal tengok ren n stimpy je, bukannya tengok adikku sayang
Quote Nana_Man 20-12-2019 03:47 PM
Nasib anak2 i tgk versi english jer kat disney channel. Takde lah dgr kasar..
Quote oneders 20-12-2019 03:47 PM
ntah.. ntah.. dia kat rumah layan anak anak sama macam kak Ros...
Quote Peaches113 20-12-2019 04:06 PM
Memang kasar pun. I tak galak anak tengok and dia pun tak suka tengok sbb kepala besar takde rambut
Quote Cookingholic 20-12-2019 04:14 PM
Cyempaka replied at 20-12-2019 03:09 PM
mengada-ngada aih. konon dia bersopan sgt la tu. kakros cakap nada tinggi je, bkn dia maki hamun pun ...

F3F0818D-E734-4DAA-952A-D892DA72C3F3.png
Ironic ke tidakk bila dia suh buang tagline ‘betul betul betul’
Quote Perawankota 20-12-2019 04:34 PM
Aku kau ni dr zaman atuk nenek kita lagi dh guna..
Quote MinyakAngin 20-12-2019 04:38 PM
Doa lepas solat pun biasanya guna kau aku jugak.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047381 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top