CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Alhamdulillah, Kemenangan Bagi Lelaki Yang Tersakiti"- Lelaki Menang Saman Ke Atas Bekas Tunang

23-12-2019 10:41 AM| Diterbitkan: Kalel| Dilihat: 6814| Komen: 19|Original author: kalel

Sekitar akhir tahun 2016, seorang lelaki telah memuatnaik status di Twitter menyatakan beliau tidak jadi untuk berkahwin kerana tunangnya telah memutuskan tunang di saat-saat akhir persiapan mereka.



Kejadian yang menyebakan beliau rugi lebih RM30,000 itu telah membawa kepada peringkat mahkamah selepas beliau nekad menyaman bekas tunangnya yang berpisah tanpa sebab.


Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 30, memuat naik status terbaharu di Twitter miliknya selain berkongsi berita gembira bahawa dia akhirnya berjaya menuntut keadilan tersebut.

"Alhamdulillah. Tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong.

"Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan atau sebab enggan berkahwin. Tu jela saya nak beritahu.

"Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, saya harap defendan mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ini lagi pada orang lain," katanya.


Perkongsian Ezrin ini telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah kepadanya. - CARI 


Sumber: Sinar Harian

5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 23-12-2019 10:48 AM
Asal laki tu nmpk tua kt dp tu tp nmpk lain kt dlm gmbr tu?ke aiolzs xfaham artikel ni?{:smile
Quote Boomibulat 23-12-2019 10:52 AM
Edited by Boomibulat at 23-12-2019 10:53 AM


https://mforum1.cari.com.my/foru ... 163&fromuid=2378666

Quote Kurex 23-12-2019 10:53 AM
tahniah bang.. jgn jadi macam member aku, dah tak jadi kawen, dia redha walapun dah habis banyak..  
Quote KIM.K 23-12-2019 10:59 AM
You bole jadi awek selama 8 penggal, sugar baby ke, open relationship ke

The moment you akad as tunang/bini kena tau ada legal binding. Jangan nak bertukar-tukar tunang sangat
Quote awanysss 23-12-2019 11:03 AM
bijak brother niii
Quote manehnya 23-12-2019 11:39 AM
Ex tunang membayar dgn duit n air mata
Quote kaishi 23-12-2019 01:43 PM
pengajaran untuk mereka2 yang lain, juga untuk mak pak,

jangan sesuka pinang anak orang, bertunang bagai, da nak dekat majlis kecoh nak putus, xnak kawin atas sebab2 yang tak masuk akal, tak fikir orang berhabis mcmana......

malu mak pak x kisah belah laki dan belah perempuan mcmana, biar ade akal sikit

aku esok2 pon xmo anak2 aku bertunang, degil sangat aku kata tunang pagi petang nikah, x yah kecoh2, belanje pon jimat,


Quote hasniey 23-12-2019 02:13 PM
Padan muka.lenkali dh brkenan dgn jantan lain bgtau awal2.bukan bila org dh perabis duit buat itu ini tiba2 ko nk putus cmtu je
Quote supernaturalee 23-12-2019 02:44 PM
Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak kan mudah
Bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi…
Quote aleesyasofia 23-12-2019 03:49 PM
bg pengajaran pd yg lain.. kalau ada sbb yg kukuh dan bukti tak ada masalah kot..
Quote Artemesiaa 23-12-2019 03:53 PM
Kalau belum betul2 bersetia tak perlu gigih nak bertunang takut kalau sendiri yang buat perangai sendiri juga nak kena bayar kerugian
Quote i_is_kennot 23-12-2019 10:02 PM
Cinta 3 segi ka?  Mimpi keluar muka jantan lain ka?  Kepada lelaki yg tersakiti , semoga luka dihati terubat..  Sedihnya
Quote LadyCarefree 29-12-2019 06:10 AM
Dulu pon ade bebrape kes saman psal kahwin xjd. Sebenarnya janji mulut pon binding gak. Rasanya maria jjcm pon ada kes dulu.
Quote GigaMom 11-1-2020 04:11 PM
salmon-suki replied at 23-12-2019 10:48 AM
Asal laki tu nmpk tua kt dp tu tp nmpk lain kt dlm gmbr tu?ke aiolzs xfaham artikel ni?{:smile

Kat dp ada hensem sikit kan
Itu la dia sweet revenge
Quote meow_tompok 12-2-2020 11:17 AM
Kawan aku penah pegi majlis kawen tak jadi. Punyelah drive jauh2 nak dtg memenuhi jemputan kenduri, ingat sampai lambat takde org, rupanya majlis kawin tak jadi tuan rumah tak inform tetamu.

Main cancel2 kawin time org dah siap semua utk majlis, mmg menyusahkan ramai org. Eloklah disaman

Quote niena90 12-2-2020 11:27 AM
Dah tahu tak sayang tak payah la bertunang. Buat malu kaum wanita je pompuan camni! Silalah bayor saman itu yer.
Quote kucingTomey 12-2-2020 04:42 PM
kalau perempuan ada faminism...kita laki ada jantanism
Quote smurfetz 13-2-2020 05:20 PM
LadyCarefree replied at 29-12-2019 06:10 AM
Dulu pon ade bebrape kes saman psal kahwin xjd. Sebenarnya janji mulut pon binding gak. Rasanya mari ...

apa kesudahan maria jjcm tu ek? still berjodohan dgn suami kan
kes dia cam pelik kan? ada lelaki lain janji nak kahwin dgn dia masa dia still wife org kan?
pastu dia saman lelaki tu

gitu ke?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.134837 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top