Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada suku pertama 2019 Malaysia merekodkan seramai 516,600 penganggur dan 238,286 daripadanya ialah fresh graduate. Statistik ini sangatlah merisaukan, membuatkan ramai terfikir bahawa adakah menyambung pengajian itu masih lagi relevan jika peluang pekerjaan adalah terhad dan sukar untuk dicari.
Baru-baru ini, syarikat AS Legacy milik Dato' Sri Aliff Syukri ada memuat naik satu tawaran pekerjaan di laman Facebook miliknya. Berdasarkan tawaran tersebut, skop kerja yang ditawarkan adalah graphic designer namun pemohon perlu mahir dalam menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Premiere Pro, Adobe Dreamweaver, mempunyai kemahiran photography, boleh menghasilkan video, mereka laman web, menjaga media sosial, copy-writing dan sebagainya. Semua kemahiran ini mestilah dikuasi oleh pemohon dan lebih mengejutkan, gaji yang ditawarkan hanyalah dalam purata RM1500 sehingga RM1800. Post ini mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya kurang senang dengan gaji yang ditawarkan oleh AS Legacy. Pemohon perlu melakukan beberapa skop kerja namun gaji yang ditawarkan sangatlah rendah dan tidak berpatutan. Malah ada warganet yang menyenaraikan skop kerja yang ditawarkan dan selepas diselidik, posisi kerja tersebut perlu melakukan hampir 5 skop kerja di dalam satu jawatan graphic designer. Tawaran kerja ini tular di media sosial Facebook dan Twitter dan rata-rata warganet mengecam tindakan Dato' Seri Aliff Syukri yang seolah-olah mengambil kesempatan ke atas kesukaran graduan untuk mendapatkan kerja pada masa kini. Rentetan dikecam oleh warganet, AS Legacy memuat naik status baru yang menerangkan bahawa mereka tetap dengan pendirian dan akan terus mencari calon pekerja baru yang sesuai. Lagi beberapa hari lagi kita akan masuk ke tahun 2020, namun masih ada lagi majikan yang mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain. Salahkah jika majikan menawarkan gaji yang setimpal dengan tugas yang diberi? Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf purata gaji di Malaysia masih lagi di takuk lama dan isu ini sangat membimbangkan untuk golongan muda. Apa pendapat korang tentang isu ini? Jika korang ada pengalaman yang ingin dikongsikan bersama berkenaan isu gaji dan kerja di Malaysia, berikan pendapat di ruangan komen! - CARI
|
sarah82 replied at 21-12-2019 10:03 AM
Aku x faham status yg last tu.. Serupa bangla yg menaip
misc replied at 21-12-2019 09:55 AM
Setakat gaji mcm tu baik kerja receptionist ja. Kepala pun tak sakit.
salmon-suki replied at 21-12-2019 09:38 AM
Zmn kejatuhan dia ni..semoga cpt2 jatuh biar dia sedar sket,duit byk x semestinya berhak nk tindas o ...
ADVERTISEMENT