CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Ditemui Mati Tergantung

11-10-2013 03:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5307| Komen: 24



BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditemui mati tergantung oleh adik iparnya di sebuah sebuah rumah di Kampung Teluk, Ladang Soon Lee di sini semalam.

Adik ipar mangsa, N Ganesan, 19, berkata, dia yang baru pulang bertemu rakan pada kira-kira jam 3.30 petang, singgah di rumah kakaknya untuk memberi makan kepada ayam peliharaan mereka.

Menurutnya, sejurus selesai berbuat demikian, dia berteriak memanggil mangsa, berusia 30 tahun, yang bekerja sebagai buruh dari luar rumah setelah dimaklumkan mangsa tinggal seorang diri di dalam rumah.

Katanya, setelah beberapa kali memanggil lelaki itu dari luar rumah, panggilannya langsung tidak dibalas.

“Bimbangkan keadaan abang ipar, saya cuba membuka pintu rumah namun ianya terkunci.

“Saya cuba meninjau keadaan dalam rumah melalui cermin tingkap bilik tidur utama dan terkejut melihat tubuh mendiang kaku serta tergantung pada kipas siling,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian di sini semalam.

Ganesan berkata, dia segera pulang ke rumahnya untuk memaklumkan kejadian itu kepada isteri mendiang dan ibunya.

Menurutnya, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai.

Sementara itu, bapa mentua mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak sebelum itu difahamkan berselisih faham dengan isterinya.

“Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana mendiang merupakan seorang yang rajin bekerja.

“Tragedi ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada kami sekeluarga, terutamanya isteri dan anak-anak mendiang yang masih kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Sinar Harian difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 11-10-2013 08:41 AM
alahai
pendek akal sampai berani amik nyawa sendiri


Quote deecokelat 11-10-2013 08:43 AM
bunuh diri lagi... hurmm
Quote wajaman 11-10-2013 08:53 AM
kaum nie kalau tak kene tembak,bunuh diri....pusing2 tu je la
Quote tapibukanaku 11-10-2013 12:07 PM
wajaman posted on 11-10-2013 08:53 AM
kaum nie kalau tak kene tembak,bunuh diri....pusing2 tu je la

pengaruh cerita Tamil
Quote ronin 11-10-2013 12:19 PM
Gaduh sikit dah nak bunuh diri..... Mana pegi semangat hero MGR dan Rajnikankh yg kental?
Quote vv2005 11-10-2013 12:58 PM
YEIIIIIIIIIIIII
Quote johnazizul 11-10-2013 02:44 PM
Alamak... Xleh la balik fairus lewat mlm lagi pasni... Hehehe
Quote wafeenaulia 11-10-2013 02:48 PM
Itu pilihan dia maka bye bye hihi
Quote kokocrunch 11-10-2013 03:12 PM
jln mudah menyelesaikan masalah
Quote nurul_akmar 11-10-2013 03:13 PM
si mati tu x fikir ke, mcmne isteri n anak2 dia kalau dia mati
Quote tapibukanaku 11-10-2013 03:19 PM
johnazizul posted on 11-10-2013 02:44 PM
Alamak... Xleh la balik fairus lewat mlm lagi pasni... Hehehe

fairuz ke fauzi?
Quote johnazizul 11-10-2013 04:07 PM
Fairuz jln siakap tu...
Quote akies 11-10-2013 04:10 PM
tapibukanaku posted on 11-10-2013 12:07 PM
pengaruh cerita Tamil

tu la..sape suh tengok movie tamil byk2..
kan dh terpengaruh
Quote nurfariezza 11-10-2013 04:14 PM
wajaman posted on 11-10-2013 08:53 AM
kaum nie kalau tak kene tembak,bunuh diri....pusing2 tu je la

makan racun xde ea...xpn amik ubat overdos...ekekke
Quote tapibukanaku 11-10-2013 04:29 PM
johnazizul posted on 11-10-2013 04:07 PM
Fairuz jln siakap tu...

owh tak kenal
Quote mak_wa95 11-10-2013 04:45 PM
pada dia bunuh diri selesai segala masalah..yang hidup teruskanlah kehidupan...
Quote JDT 11-10-2013 04:53 PM
solution termudah bagi dia...end of story..
Quote missyqaldina 11-10-2013 04:58 PM
dulu aku penah dok taman yg ramai kaum ni..
stiap taun ade kes bunuh diri..hahahaa..
bunuh diri gantung diri la..
bunuh diri dok tgh2 rail ketapi la..
minum racun la..mcm2..
Quote tapibukanaku 11-10-2013 05:37 PM
missyqaldina posted on 11-10-2013 04:58 PM
dulu aku penah dok taman yg ramai kaum ni..
stiap taun ade kes bunuh diri..hahahaa..
bunuh diri ga ...

ni kat senawang ke? or seremban?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058674 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top