Seorang lagi ibu di China menghadapi tekanan hebat kerana anaknya lemah dalam mata pelajaran matematik.
Memetik Asia One, wanita di Hubei, China itu dihantar ke hospital selepas dipercayai terlebih dos pil tidur yang diambil dalam keadaan marah. Menurut media tempatan Chang Jiang Daily News, Xu dan suaminya menghantar anak mereka berusia tujuh tahun itu ke beberapa kelas tambahan. Manakala, pada waktu malam mereka mengambil alih untuk mengajar anak mereka yang lemah dalam pembelajaran itu. Malangnya, pada 13 Disember lalu, Xu menjadi hilang sabar apabila kanak-kanak itu gagal memahami soalan matematik yang sudah dijelaskan beberapa kali selama lebih setengah jam.
Situasi itu semakin tegang apabila berlaku pertengkaran antara Xu dan suaminya sehingga wanita itu mengambil tindakan drastik dengan menelan tujuh pil tidur untuk menenangkan diri. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Xu mula berasa pening sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor di situ, ia kali pertama dia melihat pesakit terlebih dos pil tidur kerana tertekan dengan masalah pembelajaran anak. Kebiasaannya, pesakit terlebih dos kerana mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta dan masalah keluarga. Terlebih dos pil tidur boleh mengakibatkan hipoventilasi hingga membawa maut. - CARI
|
merrissa replied at 23-12-2019 02:59 PM
kat msia...mak pak tak kisah pon anak dpt teruk math...bangga lagi ada...belajar la dri malaysian k. ...
ADVERTISEMENT