CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penghantar Barang Teruja Dapat Snek Percuma Depan Pintu, Kita Pun Rasa Nak Gelek Sama!

24-12-2019 11:07 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 7350| Komen: 21|Original author: Oleh: CSuy

Menjelang hujung tahun, umum mengetahui kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember setiap tahun dengan meriah.

Acap kali semangat perayaan mereka ketara dengan pelbagai persiapan dalam menyediakan perhiasan rumah dan hadiah bersesuaian.


Kredit Foto: Pixabay

Di zaman millenia ini, pembelian hadiah secara atas talian dilihat lebih menjimatkan masa, tenaga dan poket berbanding membeli-belah sendiri.

Justeru, syarikat penghantaran berdepan dengan cabaran dalam memastikan barang-barang yang dipesan tiba dalam masa ditetapkan dan dalam keadaan baik.

Berbeza dengan Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, pekerja penghantar barang di Amerika Syarikat berdepan dengan cabaran cuaca sejuk.

Selain itu, waktu perkhidmatan mereka yang panjang disebabkan jumlah penghantaran tinggi di musim perayaan sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada mereka.



Kredit Foto: Pinterest

Bagi menghargai usaha mereka, ada penerima yang menyediakan cenderamata tanda penghargaan buat mereka ini. 

Dari pelbagai jenis makanan ringan kepada minuman yang sengaja diletakkan di hadapan rumah beserta sekeping nota yang mengalu-alukan pekerja penghantar barang untuk mengambilnys. 

Budaya memberi ini ternyata memberi semangat kepada penghantar barang ini.


Kredit Foto: YouTube

Terbaru, tular sebuah video yang dirakam menggunakan kamera loceng pintu (doorbell camera) di hadapan sebuah kediaman yang menayangkan telatah p
ekerja Amazon ini (sebuah laman membeli-belah terkemuka)

Jom lihat telatah beliau.




Memetik laman sesawang berita atas talian KSL.com, kejadian ini dirakamkan di Middletown, Deleware. Telatah beliau dikongsikan melalui sebuah hantaran Facebook oleh seorang pengguna bernama Kathy Ouma. Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook tersebut menerima 109,000 reaksi dan 8,300 perkongsian.

Ternyata pekerja Amazon ini amat gembira! Sampai menari-nari dibuatnya! Dengan suhu semasa yang mencecah sehingga -1°C, siapalah yang tak gembira bila dihargai. 

Tanpa disedari, telatah beliau dirakam kamera loceng pintu kediaman ini.


Kredit Foto: YouTube

Budaya menghargai pekerja penghantar sama ada barang mahupun makanan kini semakin menular. Bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah di Malaysia juga! Tak salah jika amalan murni seperti ini diangkat menjadi budaya masyarakat.


Kredit Foto: Tenor

Saling menghargai usaha sesama manusia dalam melaksanakan tugas masing-masing bukan sahaja memudahkan urusan, malah meninggalkan pengalaman yang manis buat mereka yang melaluinya.

Sesekali menari apa salahnya? Rasa-rasanya, kayu ke tak kayu? - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aiva 24-12-2019 11:22 AM
good idea ni
Quote Megikari 24-12-2019 12:42 PM
I selalu bagi air kotak kat posmen or courier man
Quote orgsepang 24-12-2019 12:51 PM
Yang baik kita jadikan contoh.
Quote Donutfilling 24-12-2019 01:13 PM
Niceeee brader... kiut je nari

Tp baca a refreshment
Quote matchstick 24-12-2019 01:17 PM
yg bagus nya diorg x tamak haloba angkut sebakul tu terus.. amik serba satu cukup utk makan sendiri je
Quote any42 24-12-2019 01:36 PM
hntar brang dpt brang. tgelak tgk siap mnari. hihi  
Quote Melorqe 24-12-2019 01:58 PM
matchstick replied at 24-12-2019 01:17 PM
yg bagus nya diorg x tamak haloba angkut sebakul tu terus.. amik serba satu cukup utk makan sendiri  ...

kebetulan yg dtg hari tu jenis ada adab
kalau jenis penyamun tu mesti posting dia dah jadi tajuk lain.
Quote gummiebear 24-12-2019 02:01 PM
Haha comel. Seronok dia ya

Good job tuan rumah!
Quote chinta89 24-12-2019 02:22 PM
kiut dia happy mcm tu
Quote mizruncing 24-12-2019 03:41 PM
mabuk ke? happy semacam je tp betol laa sesekali rasa seronok bila dihargai kan
Quote che-cikL 24-12-2019 03:49 PM
Menari step joget lagi hahhah
Quote che-cikL 24-12-2019 03:51 PM
Bagus dia, x de nak ambik lebih. Hanya secukupnya shj
Quote Artemesiaa 24-12-2019 04:05 PM
Baik hatinya tuan rumah pandai ambil hati abam delivery
Quote syamzana 24-12-2019 04:10 PM
comelnye menari...tuan rumah pun baik hati
Quote jazaa100 24-12-2019 05:25 PM
Dorang letak brg mcm tu je ek....
Quote orgsepang 24-12-2019 05:41 PM
Lucu tengok gaya dia. Hati memang sedang berbunga2 tu
Quote gekkou 24-12-2019 08:46 PM
letak depan apartment kat malaysia ni
alih2 hilang semua
dikerjakan dek anak2 jiran (kenal pun tidak mak paknya)

Quote lil_honey 24-12-2019 09:49 PM
biasa bagi tips lebih je..dia nak beli air ape beli la..
Quote i_is_kennot 25-12-2019 02:31 AM
Semangat nak raya..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041049 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top