Sudah menjadi lumrah hidup seorang selebriti, apa sahaja yang mereka lakukan diperhatikan oleh netizen. Ada yang membidas dan ada yang menyokong.
Foto IG Memetik laporan mStar, Nur Risteena Munim, 30 tidak malu untuk menunjukkan kebahagiaannya dengan tunang di khalayak ramai kerana hidup ini singkat dan tidak tahu bila Tuhan akan mengambil nyawa kita. "Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. "Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya bersama dengan saya" katanya kepada wartawan mstar. Risteena yang berkongsi momen indah ketika bersama dengan tunangnya itu di instagram dikecam netizen. Dalam perkongsiannya itu kita boleh lihat aksi Isa menyuapkan makanan, membasuh kaki dan memotong kuku pelakon wanita itu. Risteena dan Isa mendedahkan mereka mula kenal sejak menjalani penggambaran drama 5 bulan lalu. Isa melamar Risteena pada 23 November lalu ketika mereka bercuti di Bali, Indonesia. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan tidak putus di tengah jalan Amin. - CARI |
hidup ini singkat dan tidak tahu bila Tuhan akan mengambil nyawa kita
tak sempat nak tunjuk sayangnya
ADVERTISEMENT