CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ala Jangan Kahwin Awai Na!!!" - Produser Harap Mira Filzah Tak Tergesa Kahwin Di Puncak Karier

27-12-2019 10:24 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 24703| Komen: 132

Kredit foto: Instagram Mira Filzah


Pengakuan Mira Filzah bahawa beliau sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan nampaknya menarik perhatian penerbit drama dan pemilik rumah produksi Zeel Production, Fadzil Teh.


Memetik laporan Berita Harian, Fadzil Teh berharap Mira Filzah, tidak membuat keputusan untuk berkahwin awal ketika namanya sedang mekar di arena seni.

"Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. 

"Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.

"Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.

"Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi," kata Fadzil.


Penerbit drama itu turut memberitahu beliau senang bekerja dengan Mira Filzah kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri dan tidak kedekut untuk mempromosikan projek mereka bersama di media sosi@l.

"Pendek kata, dia artis yang tidak berkira sangat dalam bab mempromosikan drama lakonan sendiri di laman sosi@l. Bahkan, dia sendiri yang selalu meminta bahan hebahan daripada penerbit untuk dikongsi bersama pengikutnya,

"Dia berbeza dengan sesetengah artis yang sangat berkira, malah enggan membuat promosi drama lakonan sendiri di Instagram," katanya.

Kalau dah sampai jodohnya, biarlah Mira Filzah kahwin. Ramai je artis masih popular walaupun sudah bertukar status selagi pandai membahagikan masa antara karier dan rumahtangga. - CARI 
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijilaaa 27-12-2019 10:30 AM
makin sendat baju dek migha
Quote lasagna 27-12-2019 10:31 AM
jodoh orang kita tak tau, so buat apa nak sekat2.. tak paham aku.
kalau mirah brkawen skali pun bleh jer meneruskan karier, kot jer laa laki dia tak bg, director nak ckp apa?
Quote AbukRokok 27-12-2019 10:33 AM
canti9k gak body mira..... peluk sampai remuk
Quote Incanto 27-12-2019 10:35 AM
pelik lah produser ni

kalau jodoh dah sampai, ko siapa nak halang?

cari lah pelakun lain , kan banyak
Quote fadz84 27-12-2019 10:38 AM
Ramai je yg kahwin di puncak populariti; Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Sofia Jane, Fattah Amin. Xyah la beria sangat producer oii..
Quote Boomibulat 27-12-2019 10:42 AM
kami akan umumkan bila sampai masa nanti..tp bkn tahun depan.duit i belum cukup lg..
Quote RumiMenari 27-12-2019 10:44 AM
Mcm orang takde mak bapak plak..pastu x pcaye pd rezeki ke ape..
Quote Madel 27-12-2019 10:46 AM
Tudung makin singkat
Baju makin ketat, padat, sendat , melekap.
Time Qari Junior dulu punya la muslimah..
Masa merubah segalanya
Quote takayama 27-12-2019 10:59 AM
hj zil bukan main memuji migha ni
kat thread satu lg suh contoh migha
thread ni x bg migha kawen
ko bpk migha ke
Quote RumiMenari 27-12-2019 11:13 AM
Sbb ko la aku tak tgk ungku ismail berlakon.. choiiiiii
Quote adeqo 27-12-2019 11:37 AM
Siapakah gerangan lelaki ituuu???


Xde forummer yg cuba csi ke??
Quote starbug7 27-12-2019 11:49 AM
takayama replied at 27-12-2019 10:59 AM
hj zil bukan main memuji migha ni
kat thread satu lg suh contoh migha
thread ni x bg migha kawen

Bukan bapak.. tapi cuba utk jadi daddy
Quote miss_strangers 27-12-2019 11:50 AM
Dik mighah patut free hair jah...baru leh feel berlakon cam abil...hakak rengsa tengok dik mighah duk atas Katil bawak watak isteri duk beramah Mesra dgn watak suami tapi bertudung bagai..appo???hakak yg nonton xdapat feel dikkk.. alang2 baju dah pakai melekap Tu, better free hair jah...sila ikut jejak langkah ungkashah n emmaambong
Quote miss_strangers 27-12-2019 11:53 AM
RumiMenari replied at 27-12-2019 11:13 AM
Sbb ko la aku tak tgk ungku ismail berlakon.. choiiiiii

Patut watak mighah Tu ganti dengan nazeera Sardi! Mesti lebih feel n Ada chemistry dgn UI
Quote natrahn 27-12-2019 12:37 PM
Boomibulat replied at 27-12-2019 10:42 AM
kami akan umumkan bila sampai masa nanti..tp bkn tahun depan.duit i belum cukup lg..

jemput kenduri eh hehehe
Quote bendera 27-12-2019 12:55 PM
dulu2 masa jadi pengacara qari junior tu manis jaaa.lawa cun ja.Lepas jadi pelakon ni, pakai tudung pun singkat dah, baju ketat, pegang2 dah biasa..potong la kooo ni mira..jammed
Quote jijana 27-12-2019 12:56 PM
Lakonan mira biase biase je..
Best lg lakonan zmw..tapi tulah nak kawin dah..nanti lepas kawin tolong kluar tv byk2..rebut balik slot akasia dan megadrama..
Quote imanda 27-12-2019 12:59 PM
ko sorg jela yg memuja mighraa nih, org len xheran pon dia kawin ke atau bsara terus dr dunia senia msia nih. next!
Quote Ritacomels 27-12-2019 01:06 PM
Hj. Zil sedap ni x habis2 nk tompang glamer retis, Mn2 ade je dia ni.. Mira ni sedap ke x sedap hj zil? Sama, sedap dgn fendy bakri x?

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061591 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top