Seorang wanita memilih untuk menghantar anak sulungnya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi memenuhi hasrat ibu mentua. Memetik Sinar Harian, ibu mentua Nurul Fadznie Ashikin Hairul, 27, mahu cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa.
Hasrat Sharifah Ismail, 60, mendorong Nurul Fadznie dan suami, Alifdin Latif, 28, untuk menghantar anak mereka, Siti Nur Husna Alifdin yang bakal memasuki tahun satu ke SJKT Karak. "Saya dan suami tidak kisah anak belajar di SJKT kerana anak akan menguasai bahasa lain dan kelebihan komunikasi," katanya. Sebagai persediaan awal, Nurul Fadzie menghantar Husna ke tadika yang menggunakan bahasa pengantar Tamil. "Memang di tadika, dia (Husna) satu-satunya pelajar Melayu dan di sekolah kali ini pun situasi sama," katanya. Malah, anak sulung dari tiga beradik itu gembira dan teruja dapat belajar serta bergaul dengan rakan-rakan berbangsa India di sekolah Tamil.
Katanya, Husna kini mampu berkomunikasi dalam bahasa Tamil walaupun belum fasih sepenuhnya. "Buat masa ini saya dan suami tidak pernah mendengar kritikan atau kata-kata kurang enak dengan keputusan kami menghantar anak ke sekolah Tamil sebaliknya terima kata-kata positif dan rangsangan daripada ahli keluarga lain serta jiran-jiran," katanya. Bagi menguasai kemahiran berlainan, pasangan itu merancang untuk menghantar dua lagi anak mereka ke sekolah berbeza sama ada aliran agama atau bahasa selain Tamil dan Cina. - CARI
|
chicozinn replied at 31-12-2019 04:44 AM
rare habis masuk skola T ni..ke mak mertua tu DKK?
ADVERTISEMENT