Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib yang menerima seorang guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor. Pada hari pertama tahun baharu 2020, dia bukan sahaja disamun malah hidungnya dicederakan oleh penjenayah yang menyerangnya. Memetik laporan MyMetro, beg tangan yang berisi dokumen peribadi dan sejumlah wang tunai milik mangsa dibawa lari oleh suspek. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa diserang oleh oleh seorang lelaki yang memakai topeng dan membawa sebilah pisau. Ketika insiden samun berlaku, guru wanita berumur 40 tahun itu bersendirian kerana pembantunya dan kanak-kanak telah meninggalkan tabika berkenaan. "Suspek melarikan beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen peribadi serta sejumlah wang tunai," jelasnya. Mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Insiden tersebut turut tular dalam media sosial dan mengundang kecaman daripada para netizen. Semoga penjenayah itu dapat ditangkap oleh polis dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. - CARI |
chicozinn replied at 3-1-2020 12:43 PM
tembak mati je la mat2 gian agresif cmni..wat penuhkan rumah PENGASIH tu buat apa??same goes tu pero ...
baghal_bortuqal replied at 3-1-2020 11:31 AM
syafakillah cikgu.
chicozinn replied at 3-1-2020 12:43 PM
tembak mati je la mat2 gian agresif cmni..wat penuhkan rumah PENGASIH tu buat apa??same goes tu pero ...
Kurex replied at 3-1-2020 11:38 AM
memang aku pantang jenis manusia malas kerja lepas tu mencuri ni
ADVERTISEMENT