CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Tahu Apa Motif Atikah Cakap Macam Tu" - Awi Rafael

3-1-2020 10:13 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 12624| Komen: 39|Original author: Oleh: rikuren

Kredit foto: Instagram Awi Rafael

"Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja."

Itu reaksi penyanyi Awi Rafael, 34, ketika mengulas tindakan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story, baru-baru ini.

Dalam luahan itu, Atikah mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa hubungan hubungan toksik yang 'mendera' emosinya meminta wanita lain bertindak sebelum terlambat.

Awi turut menafikan dakwaan Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal.

"Setahu saya, belum pernah saya berlagak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

"Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif.


"Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing," katanya memetik laporan BH Online.

Awi yakin orang ramai lebih mengenali siapa dirinya yang sebenar, malah tidak melatah dengan dakwaan dilemparkan Atikah.



"Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar.

"Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. 

"Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai tindakan wanita yang mengikut emosi," katanya.

Begitulah. Bersangka baik sajalah Awi. Move on dan jalan terus. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 3-1-2020 10:45 AM
Dah filter pon masih nampak garis kedut usia 50 tahun
Quote Awanku 3-1-2020 10:45 AM
Geli pulak tengok selfie awie kat atas skali tu... mcm pengkid punn ade yerer!!
Quote Laceyx 3-1-2020 10:48 AM
Ew da kenapa edit pic mcm tu
Quote tupperwarepink 3-1-2020 10:58 AM
da lama putus baru nak naik cite2 ni
Quote Adm89 3-1-2020 11:00 AM
Sesuatu la dia ni. Apesal dia selfie gitu
Quote jlocute 3-1-2020 11:10 AM
kenapa dah macam Diva AA ku tengok  bila selfie begitu
Quote cikatilia 3-1-2020 11:24 AM
dah berhabuk berkabus dah gambarnya


Quote pure_lady 3-1-2020 11:47 AM
Hahaahahah semua gambar dia dekat ig dia filter begitu yach. Kau dah kenapa awi
Quote helicornia 3-1-2020 11:59 AM
dia ni dulu ngetop gak.lagu pun hits.pernah tengok dia live sedap wei suara dia.tp kenapa sekarang mcm takde arah hidup
Quote Bumbu 3-1-2020 12:02 PM
Gmbr kat atas knp buat mulut cam tu?
Quote QueenCaramel 3-1-2020 12:29 PM
Pnh nmpk die kt rnr dengkil...kepam sekepam kepamnye...
Quote Berbudibahasa 3-1-2020 12:50 PM
QueenCaramel replied at 3-1-2020 12:29 PM
Pnh nmpk die kt rnr dengkil...kepam sekepam kepamnye...

Yucksss.. haha
Quote Cicisweets 3-1-2020 01:19 PM
Bagus awi matang cara ko jawab jgn dok layan tikah bimbo tu,biar dia meroyan sorang sorang.
Quote Rapz 3-1-2020 02:44 PM
Tk yah melatah sgt ngan statement atikah tu la awi...buat dek & teruskan berkarya sudah.....
Quote beatgirlX 3-1-2020 02:52 PM
Ke tikah mention relationahip dia sebelum ni?
Ku pikirkan tikah cinta mati kat dia ni..
Quote cha-cha 3-1-2020 03:32 PM
Filter apa kau pakai ni hanatttttt
Quote MadameOnion 3-1-2020 03:43 PM
eeeiii runcingggggg sangat muka..nampak sgt guna filter walaupun asal kejadian tak helok mana pun
Quote rayray28 3-1-2020 03:45 PM
pure_lady replied at 3-1-2020 11:47 AM
Hahaahahah semua gambar dia dekat ig dia filter begitu yach. Kau dah kenapa awi

Cover lubang2 kot huhu
Quote rayray28 3-1-2020 03:46 PM
Tikah ni punnn why laa nk sebut2 lagi kisah lepas..mujur org x sebut2 dh kisah lepas di cukuplaa..dr hrtu smoi xde job sendu pulang ke singapore jd kerani

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.111732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top