CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Darurat Coronavirus Memulihkan Pencemaran Di China

4-3-2020 10:02 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 4228| Komen: 19|Original author: Oleh: Archaiv

Sumber imej: bloomberg

Ejen angkasa lepas Amerika Syarikat berkata, sekatan dan penutupan perniagaan menyebabkan penurunan drastik jumlah nitrogen dioksida di ruang langit China.

Menurut laporan news.sky, NASA telah menerbitkan imej satelit yang memaparkan penurunan tahap pencemaran di China dan ia boleh dikaitkan dengan Coronavirus.


Sumber Imej: NASA


Penurunan nitrogen dioksida (NO2) adalah disebabkan jumlah kenderaan dan sumber tenaga untuk perindustrian berkurangan setelah darurat diiystiharkan.

Pada 23 Januari, China mengumumkan perintah kuarantin di Wuhan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19. Penduduk tidak dibenarkan keluar daripada kawasan tersebut, manakala segala bisnes telah diarahkan ditutup.

Terbaru, China juga mengharamkan aktiviti perdagangan dan penggunaan haiwan liar bagi membendung penularan wabak berkenaan.


Sumber Imej: WHO

Pengurangan pencemaran NO2 pertama dikesan berlaku di Wuhan. Kuarantin terbesar dalam sejarah manusia ternyata telah mengurangkan pencemaran udara secara tidak langsung.


Sumber Imej : NASA

"Ini kali pertama saya lihat penurunan drastik dalam kawasan yang sangat luas dalam suatu situasi tertentu," kata Fei Liu, pengkaji kualiti udara di NASA.

Beliau pernah melihat penurunan jumlah NO2 di beberapa negara kerana kemelesetan ekonomi pada 2008, tetapi ia berlaku secara berperingkat.

Pada 2020, tahap NO2 di timur dan tengah China adalah jumlah yang paling rendah sekali dicatat dalam rekod. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 4-3-2020 10:06 AM
lanzhou tu sebutannya lancau ke?
Quote RatuDunia94 4-3-2020 10:14 AM
Ada hikmahnya..
Quote chicozinn 4-3-2020 10:26 AM
ellejo replied at 4-3-2020 10:06 AM
lanzhou tu sebutannya lancau ke?

lanjo kot..kalau lancau mau berdemo penduduk tempat tu..ahahahhaha

Quote nolya 4-3-2020 10:26 AM
ellejo replied at 4-3-2020 10:06 AM
lanzhou tu sebutannya lancau ke?

Kalau tanya kat llidah melayu, mungkin mcm tulah bunyi, sebab otaknya tak ade ingat ke lain.  Tapi kalau tanya kat orang cina asli, mungkin ada bunyi yg lebih tepat. Maka hendak bertanya, tanyalah kpd yg tau. Tak gitu ke?
Quote sukacactus 4-3-2020 10:37 AM
August last year, sebulan laki aku kat shenzhen
Mmg batuk2 ketat dada sebab udara mmg xelok
Langit hari2 berjerebu, mimpi la nak tgk clear blue sky masa tu
Quote nuralisa 4-3-2020 11:03 AM
ellejo replied at 4-3-2020 10:06 AM
lanzhou tu sebutannya lancau ke?

sebutannya 'lancho'...
Quote ellejo 4-3-2020 11:08 AM
nuralisa replied at 4-3-2020 11:03 AM
sebutannya 'lancho'...

sebab ada cina supplier meols kenal sebut guangzhou jadi guangchau
so lanzhou jadi lanchau la
Quote nazzse 4-3-2020 11:08 AM
bukti jelas umat manusia pemusnah bumi
Quote ellejo 4-3-2020 11:09 AM
nolya replied at 4-3-2020 10:26 AM
Kalau tanya kat llidah melayu, mungkin mcm tulah bunyi, sebab otaknya tak ade ingat ke lain.  Tapi ...

kan da tanya tu.
Quote saviour_09 4-3-2020 11:51 AM
ellejo replied at 4-3-2020 10:06 AM
lanzhou tu sebutannya lancau ke?

disebut lanjiao
di hadapan rakan2 cina


Quote Artemesiaa 4-3-2020 11:55 AM
Tercemar dengan wabak tapi udara jadi kurang tercemar dari asap kilang
Quote nuralisa 4-3-2020 11:59 AM
ellejo replied at 4-3-2020 11:08 AM
sebab ada cina supplier meols kenal sebut guangzhou jadi guangchau
so lanzhou jadi lanchau la

Kita kat malaysia ni mmg sebut guangzau ...
tpi sebutan betul guangzho ...
Quote cutieslilies 4-3-2020 02:01 PM
punya banyak cerita kak artikel tu.. sekali nama lanzhou yg pemes...

kalau aku pun sebut lanciauuu jugak ..
Quote bulan_gerhana 4-3-2020 02:03 PM
soo adekah tengah china ni penyumbang utama pencemaran dunia... huhu aku bukan nak back up sgt china ni... soo kira usaha darurat derang ni secara tak langsung mengurangkan kadar pencemaran udara china la... which is bagus la kan...
abis those negara memang high pollution rate tu nak suh declare darurat juge ke... huhu. [abaikan statement ni]


rasa ngo environment save ni suke kot tang report2 sebegini hehhe
Quote hyie 4-3-2020 02:10 PM
huruf Z dalam mandarin sebutannya adalah -ch yach...sebab tu bila diorang guna sebutan BM, jadi pelat. Macam orang Melayu cakap cina lah...ada pelat BM nya

Quote husna_amal 4-3-2020 03:27 PM
rupanya mereka antara punca pencemaran bumi.
Quote gigahertz 5-3-2020 01:09 PM
bulan_gerhana replied at 4-3-2020 06:03 AM
soo adekah tengah china ni penyumbang utama pencemaran dunia... huhu aku bukan nak back up sgt china ...

part tak bagus mungkin u nak repair kereta atau elektronik sparepart xde. delay shipping
Quote bulan_gerhana 5-3-2020 02:16 PM
gigahertz replied at 5-3-2020 01:09 PM
part tak bagus mungkin u nak repair kereta atau elektronik sparepart xde. delay shipping

aah ye batul... [tepuk dahi] kompom byk yang akan naik harga sbb now production off kanand supply kurang...

haa dah nampak dah kebergantungan market sesetengah negara dgn market china kannn [haih] mengeluh weh..

even local product pun susah nak compete dgn product dari sana in terms of pricing... dasyat kan.. monopoli derang


Quote gigahertz 5-3-2020 04:49 PM
bulan_gerhana replied at 5-3-2020 06:16 AM
aah ye batul... [tepuk dahi] kompom byk yang akan naik harga sbb now production off kanan ...

rule of bussiness bila source murah putus stock yang local sedia ada stok harga akan naik mendadak. kalau campur waktu perayaan harga mesti triple up

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.141155 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top