CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zila Bakarin Akui Sudah Berhijab Sejak Sebulan Lalu

5-1-2020 09:30 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 9389| Komen: 27|Original author: Myeonir

Siapa tak kenal dengan pelakon lama iaitu Zila Bakarin? Mula aktif dalam dunia seni pada tahun 1996, pelakon wanita itu masih mampu 'survive' dalam dunia yang saban hari dipenuhi dengan bakat baru sehingga kini.


Semestinya anda semua juga tahu bahawa wanita ini mempunyai susuk tubuh yang sangat cantik dan dia juga tidak segan untuk menayangkan 'aset'nya itu kepada semua orang.

Walau bagaimanapun, ramai peminat mula tertanya-tanya selepas Zila Bakarin mula tampil berhijab dalam beberapa entri di laman Instagram rasminya.


Kredit foto: IG
Kesemua pengikutnya juga tidak lupa untuk membanjiri gambar tersebut dengan pujian melambung kerana kecantikannya yang kelihatan terserlah selepas mengenakan penutup kepala itu.


Senyap tak senyap, rupanya pelakon popular itu sudah pun tampil sopan dengan berhijab sejak hampir sebulan yang lepas lagi.

Kredit foto: IG
"Oh masa jadi mak Baizura cerita Amda tu sis dah bertudung la ya. Cantiknya," tulis seorang pengikut.

"Oh cerita tu awal tahun shooting, tak pakai lagi. Ni baru je sebulan macam tu, doakan saya ya," balas Zila

Alhamdulillah semoga kekal istiqamah. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikkittydiva 5-1-2020 10:04 AM
Alhamdulillah.. semoga kak zila istiqamah ..
Quote kakakOmes 5-1-2020 11:32 AM
Herlok lah tu umur beliau pun dah berapa khuenns
Quote chinta89 5-1-2020 11:33 AM
dia ni kalau blakon watak mak2 jahat mmg sesuai. Antara pelakon lama yg masih laku hehe.
Quote RatuDunia94 5-1-2020 01:02 PM
Dagu tetap boleh tumbuk sambal...
Quote Missfadh 5-1-2020 01:36 PM
Tetap cantik.
Quote mamastoney 5-1-2020 04:05 PM
Muka dia sebelum cucuk bibir mmg cantik sgt2 dan naturally seksi....tp lepas dia buat something kt bibir, dah jd bibir itik, terjuih sgt2 dan tak lawa, mcm bibir si Parah Mendosa tu. Dia pun pernah mengaku dia menyesal cucuk2 tu
Quote marigold90 5-1-2020 04:09 PM
Sweet sangat tengok zila bertudung..semoga istiqamah
Quote eyansss 5-1-2020 05:29 PM
mamastoney replied at 5-1-2020 04:05 PM
Muka dia sebelum cucuk bibir mmg cantik sgt2 dan naturally seksi....tp lepas dia buat something kt b ...

aah...  dia tak malu mengaku cucuk2 n tak malu mengaku menyesal...
Quote airmineral 5-1-2020 05:46 PM
cantikkkkk nampak sopan
Quote norein.ssdg 5-1-2020 08:55 PM
Nampak manis sgt
Quote Nana_Man 5-1-2020 08:59 PM
Cantik lah bila dah bertudung.
Quote Jorja 5-1-2020 09:30 PM
Dolu2 zila brlakon dlm drama jadi janda seksi jual pau, ramai laki org tgilakn dia sampai Ada Bini org Tu dtg ruma nak confront dia, Lepas tu jadi kawan Pula, nasihat bharga dia Dalam drama Tu zila kata kalau laki Ada kt rumah jgn asyik membebel aja nanti Tu yg laki Naik bosan
Quote azimodin 6-1-2020 07:54 AM
Jorja replied at 5-1-2020 09:30 PM
Dolu2 zila brlakon dlm drama jadi janda seksi jual pau, ramai laki org tgilakn dia sampai Ada Bini o ...

Tajuk dia pau milah kalau tak silap. Mmg mengiurkan la zila bakarin masa tu. Muka seksi, badan gebus. Sayang betul dia pi repair muka jadi hazabedah
Quote asfaz 6-1-2020 07:59 AM
mamastoney replied at 5-1-2020 04:05 PM
Muka dia sebelum cucuk bibir mmg cantik sgt2 dan naturally seksi....tp lepas dia buat something kt b ...

yup.. dia ni original seksi dan cantik. Suka tengok dia dulu.
Quote ad_hoc79 6-1-2020 09:14 AM
semoga terus istiqomah
Quote alien88 6-1-2020 09:28 AM
lawa sheols pakai tudung.. alhamdulillah
Quote afie_m 6-1-2020 09:33 AM
Alhamdulillah..cantik bertudung
Quote cmf_Strawberry 6-1-2020 10:26 AM
I suka dia... Good job Zila... semoga Allah merahmati you.
Quote haryatie 6-1-2020 12:00 PM
cntikkk...suka jugak tengok dia berlakon

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075655 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top