CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Raih Kutipan RM9,185.50 Je, Liyana Jasmay Tak Serik Ke Bikin Filem Lagi?

6-1-2020 04:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 12928| Komen: 63|Original author: Oleh: Saiful

Hanya mampu pungut RM9,185.50 sahaja, namun itu tidak menjadikan Liyana Jasmay serik untuk menghasilkan filem.

Liyana yang merupakan pemilik Mermaid Studios tidak menganggap filem Bella & Jamie yang dihasilkannya itu gagal, sebaliknya ia berpunca akibat pemasaran yang lemah.



Foto: xtra.com.my

"Tiada istilah serik bagi saya apabila Bella & Jamie kurang mendapat sambutan di pawagam. Sebaliknya, ia menjadi pengajaran buat kami supaya tidak memandang remeh aspek pemasaran dan promosi.

"Saya percaya, jika kami mendapatkan pasukan pemasaran dan pengedaran yang baik, ia tentu dapat menarik penonton ke pawagam," katanya kepada Berita Harian.





Filem tersebut adalah yang terendah sepanjang tahun 2019. Bagi filem kedua, Reunion, Liyana berazam tidak akan mengulangi kesilapan sama.


Foto: IG

"Kali ini, kami tidak mahu mengulang kesilapan sama. Jadi, kami sedang berusaha mencari syarikat yang sudi untuk melabur dalam projek terbaru ini.

"Kalau boleh, saya mahukan syarikat yang bukan sekadar mempercayai cerita dihasilkan oleh kami, malah turut percayakan kemampuan saya sendiri," tambahnya yang akan mengarah buat julung kali.




Okey, kita tunggu sahaja filem Reunion ini keluar nanti. Sama-sama sokong filem tempatan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 6-1-2020 05:04 PM
marketing memang fail. tapi lagu remake Manisnya Senyumanmu O.A Elite yang LJ nyanyi tu sedap gak.. kiut jek bunyinya..
Quote KIM.K 6-1-2020 05:12 PM
Kalau kau buat review dengan famous instagrammer melayu sebanyak 4.5 kali maka RM9k jua
Quote Perawankota 6-1-2020 05:13 PM
Pendek kata jgn buat film syok sendiri...
Quote Kurex 6-1-2020 05:14 PM
kau pendek la.. tak sesuai jumpsuit oversize dgn kau..
Quote cmf_jeangrey 6-1-2020 05:15 PM
Followers kau je 1.3M. Takkan tak pegi tgk atau tak tau? Ke fake followers?
Quote mesmerize 6-1-2020 05:17 PM
kalau modal 100K - 200K rugi banyaknya setakat pulangan 9K..
tak sedih ke tengok duit burn camtu jah..
baik ko masuk ASB dapat gak dividen
Quote bondeh 6-1-2020 05:24 PM
walaupun meolls minat dia masa jaman2 KAMI dulu, meolls rengsa tgk fashion tutup kapla dia... dgn nampak busuknya... kat ig artis yg berlakon bawah arahan dia siap terbang dah tutup kapla... bukak jelah LJ tutup kapla tuh... hipokrit yachhh...ahaksss
Quote Fly_over 6-1-2020 05:51 PM
Edited by Fly_over at 6-1-2020 06:46 PM
bondeh replied at 6-1-2020 05:24 PM
walaupun meolls minat dia masa jaman2 KAMI dulu, meolls rengsa tgk fashion tutup kapla dia... dgn na ...


serabai kn.. mse dia mula btudung dlu pn mcm xcaya je dia dh btudung. urban khens
Quote meow_tompok 6-1-2020 06:01 PM
berapa sgt la org nak labur buat filem kat LJ ni. baik jual nasi kukus tepi jalan je la LJ
Quote beta_carotene 6-1-2020 06:04 PM
Aiyo.... Toppup sikit je lagi dr gaji sebulan meols kutipan tayangan dia
Quote Nt-ViruS 6-1-2020 06:05 PM
dia ni dlu berlakon selalu kena rogol je.
Quote miamiot 6-1-2020 06:09 PM
meow_tompok replied at 6-1-2020 06:01 PM
berapa sgt la org nak labur buat filem kat LJ ni. baik jual nasi kukus tepi jalan je la LJ

dia buka restoran jual nasi penyet pun bungkus jgk ... x yah jual apa2 la LJ jaga anak lg bagus
Quote September14 6-1-2020 06:22 PM
Buruknya gaya dia.... yg tutup2 kpla dgn topi apajadah semuatu wat apa... huduh beno
Quote diss69 6-1-2020 07:23 PM
Xtau pon kewujudan filem dia..
Quote buapakperut 6-1-2020 07:30 PM
9 k ? matilanAkkkk
Quote giyomi 6-1-2020 07:31 PM
camne penonton nak sokong pilem2 tempatan sampah. sorry to say, but most of pilem dia syok sendiri, ikut citarasa sendiri. ckup2 lar tu, belajar lah erti serik, pls dun waste your hard earn money, tu jer nasihat akak, simpan tuk ari tua
Quote Laceyx 6-1-2020 07:35 PM
Kepam la dia ni. Dulu rasa comel je tgk
Quote incess.my 6-1-2020 07:41 PM
Dah kaya dok umah je uols takyah buat film syok sendiri. Org malaysia suka layan netflix...
Quote sambaldurian 6-1-2020 08:21 PM
Buat cerekarama jah dulu, tgk mamat khalid , buat slot2 mcm tu je dulu, mcm rombongan cik kiah ke sukan komanwel, yg arwah hani mohsin dgn sh haslinda punya cerita.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067501 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top