Kisah kereta terbang nampaknya masih lagi tidak berkesudahan. Ada sahaja perkara yang dikaitkan dengan kereta terbang Wawasan 2020 itu sehingga muncul pelbagai troll di laman sosial.
Terbaru, Petron Malaysia juga tak mahu kalah apabila menjadikan kereta terbang sebagai iklan terbaharu mereka. “Jangan lupa singgah Petron untuk isi minyak,” tulis syarikat minyak itu menerusi Twitter. Menerusi hantaran itu juga, Petron memuat naik gambar kereta terbang sedang meluncur ke aras stesen minyak Petron yang terletak di atas awan. Kreatif betul membahan warganet ya? Namun, nampaknya iklan tersebut mendapat perhatian daripada para warganet.
Admin kepada akaun Petron tersebut juga begitu santai menjawab setiap komen warganet. "Ingat dah pakai kereta terbang tak payah pakai minyak." "Outlet mana ni?" Difahamkan, akaun Petron itu sebenarnya menjawab atau membalas hantaran pengguna bernama Hairun Ashrie yang memuat naik gambar kereta terbang dan tular beberapa hari lalu. Apa pula pendapat anda? - CARI |
ADVERTISEMENT