CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembunyi Harta Curi, Guru Sekolah Menengah Didenda RM5,000

7-1-2020 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6211| Komen: 25

Guru wanita didenda RM5,000 dan 12 bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan kerana menyembunyikan harta curi.

Harian Metro melaporkan, guru sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan itu mengaku salah atas pertuduhan menyembunyi dan mengalihkan harta melalui akaun bank pada bulan Julai dan Ogos tahun lalu.


Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh juga memberi teguran kepada Haslina Mohd Dewa, 48, di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.


Foto: Harian Metro

"Dalam dunia ini, kita tidak boleh terlalu mudah percayakan orang, ada sahaja cara orang hendak menipu.

“Jadi cikgu, kita kena ambil pengajaran. Saya sendiri, ada dihubungi orang yang mendakwa dari Mahkamah Putrajaya, agak-agaklah hendak menipu mahkamah mana buka hari Ahad,” tegurnya.

Berdasarkan pertuduhan, Haslina menyembunyikan dan mengalihkan harta melalui akaun Hong Leong Bank milik sendiri iaitu wang hasil penipuan tipu urusan jual beli kereta daripada P Subahtra berjumlah RM23,200 di Hospital Melaka pada 17 Julai hingga 2 Ogos tahun lalu antara 11.12 pagi hingga jam 4.39 petang.


Bagi tuduhan itu, Haslina didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, peguam yang mewakili tertuduh, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh sebelum ini memohon hukuman ringan memandangkan tertuduh telah berkhidmat sebagai pendidik selama 22 tahun selain menanggung empat anak. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 7-1-2020 04:42 PM
kena buang kerja x ?
Quote cmf_premierleag 7-1-2020 05:08 PM
pakai tudung, baju kurung, kerjaya pendidik
and opkozz  born moslem
tp busuknya perangai pompuan nih
Quote gigahertz 7-1-2020 05:12 PM
Selalunya melayu nak tipu bangsa lain mmg payah. cakp pun terketar2 . gugup. tapi bangsa lain tipu melayu tu mmg profesional.
Quote gigahertz 7-1-2020 05:13 PM
TuntungReturn replied at 7-1-2020 08:42 AM
kena buang kerja x ?

Pencen boleh dapat rasanya
Quote prettyuglybabe 7-1-2020 05:26 PM
dia scam jual kereta or nak beli kereta orang?
Quote Artemesiaa 7-1-2020 05:28 PM
Buat perangai macam ni memalukan warga pendidik yang lain
Quote merrissa 7-1-2020 05:29 PM
muke dia mcm nk makan jurukamera....
Quote epal21 7-1-2020 05:31 PM
Apa kaitan dialog majistret tu dgn kes cikgu ni mengalihkan wang haram? Cikgu ni yg tipu kan, bukannya dia yg tertipu. Ke ada background story yg iols tak tahu?
Quote zeed 7-1-2020 05:53 PM
Rasanya kalau kena penjara sehari pun mmg hilang kelayakan pencen..
Quote Catpaw 7-1-2020 06:23 PM
Macam cerita tak habis je, reputs oiii lengkapkanlah cerita ni, srp ko lulus tak {:smile
Quote epal21 7-1-2020 06:41 PM
Catpaw replied at 7-1-2020 10:23 AM
Macam cerita tak habis je, reputs oiii lengkapkanlah cerita ni, srp ko lulus tak {:smile

Itulah. Iols tak faham. Majistret tu bermonolog ke. Apa kaitannya dgn kes cikgu ni?
Quote Catpaw 7-1-2020 06:54 PM
Edited by Catpaw at 7-1-2020 06:56 PM
epal21 replied at 7-1-2020 06:41 PM
Itulah. Iols tak faham. Majistret tu bermonolog ke. Apa kaitannya dgn kes cikgu ni?


Entah dialog tu tak lengkap,  dah kenapa cakap macam tu, tak paham, nak korek mana cebisan cerita dia kikikiii
Quote ikanmasin 7-1-2020 08:56 PM
mcm cerita tak abis pl ni..cikgu2x
Quote dubuk 8-1-2020 12:51 AM
kenapa mata terjojol.. rilek laa
Quote rosasen 8-1-2020 08:07 AM
tak paham kes ni...baca kt news portal pn sama je.. tipu cmne?
Quote ms_furby 8-1-2020 08:51 AM
Denda x leh lebih pada gaji pokok something mcm tu. Kalau lebih kena buang kerja. Penjara kalau kena sehari pun dah cukup utk kena buang kerja. X boleh ada sabitan jenayah. Kalau denda pun dia akan berdepan dengan tindakan tatatertib. Sebab kalau penjawat awam, coding daftar kes dia lain. Memang khas untuk penjawat awam saja. Tapi kdg2 polis tolong. Dia daftar coding org awam. Jadinya selamat la. I think gaji dia dah lebih dari 5k sebab dia dah servis 22 tahun. Plus dia mesti atas gred 41. Dah lama keja.
Quote SweetShera 8-1-2020 09:40 AM
dia bersubahat dgn India tu kah? cerita tak habis ni
Quote rosli_nurizzati 8-1-2020 10:11 AM
cerita sekerat nak mengundang kecaman.. dia tolong india tu ka? india tu tipu dia ka? ka dia tipu india? wartawan ni faham ka tak faham  kes ni.. somebody explain plis
Quote NekNgah 8-1-2020 10:13 AM
Tak faham cerita.  Macam tak lengkap.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.274785 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top