CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Ahmad Hamil Anak Kedua, Syukur Tak Ada Alahan Teruk

8-1-2020 01:54 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6836| Komen: 27|Original author: Oleh: Saiful

Tahniah, Mia Ahmad. Aktres cantik ini sedang hamil anak kedua.

Kata Mia, dia bersyukur usia kandungannya kini memasuki bulan keempat dan dia tidak mengalami sebarang alahan teruk.



Foto: IG

"Alhamdulillah, kandungan saya kini berusia empat bulan. Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.

"Saya bersyukur kehamilan kali ini tidak mengalami alahan teruk berbanding kehamilan anak sulung. Kali ini, saya lebih kuat dan masih boleh keluar serta melakukan kerja," katanya kepada Harian Metro.



Mia dijangka akan bersalin pada bulan Jun tahun ini.

Anak lelaki sulungnya, Sayf Issa dah berusia 14 bulan.




Ditanya tentang jantina, Mia tidak kisah bayi keduanya nanti lelaki atau perempuan.

"Saya serahkan semuanya kepada rezeki dan takdir. Saya okey saja," tambahnya.



Mia berkahwin dengan  penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Walaupun pernah melalui badai rumah tangga, namun sekarang  segalanya dah pulih. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haiku08 8-1-2020 02:19 PM
Tahniah ler..
Quote jijilaaa 8-1-2020 02:56 PM
syoknyaaa mudah lekat...
Quote sheqim 8-1-2020 03:06 PM
Dia ni benar2 dah hilang drpd industri hiburan hahaha.. bagus mia.. pokus anak suami je ye..
Quote chinta89 8-1-2020 03:12 PM
harap jgn lakinya buat hal mse bini peknen!
Quote doubleA 8-1-2020 03:16 PM
sheqim replied at 8-1-2020 03:06 PM
Dia ni benar2 dah hilang drpd industri hiburan hahaha.. bagus mia.. pokus anak suami je ye..

Iols ingat lagi iols pernah cakap miakayu ni lepas kawen pencen berlakon pun takpa sebab tak tahan tengok kekayuan dalam cte apa entah yg dia pernah jadi heroin tu. kayu tahap iols rasa nak balik remote kat tv

Syukurlah bebetul pencen fokus pada family ok

Next kayu raysha rizrose tu, walaupun iols suka tengok cte cindai, iols tak tahan dengan kekayuan raysha, bila la dia nak kawen dan pencen berlakon
Quote mixed 8-1-2020 03:28 PM
gaduh2 jugak peknen peknen jugak

taniah
Quote Nana_Man 8-1-2020 03:29 PM
doubleA replied at 8-1-2020 03:16 PM
Iols ingat lagi iols pernah cakap miakayu ni lepas kawen pencen berlakon pun takpa sebab tak tahan ...

Drama hati seorang perempuan kan? Dgn shahrul ridzwan tu..  dlm drama tu dia memang kayu betul.
Quote kakasotong2 8-1-2020 03:32 PM
Thread miwa 5 tahun akan datang akan berupa begini yach
Quote NazRysha 8-1-2020 03:56 PM
lomboknya laki sheol
Quote imanjannah 8-1-2020 03:58 PM
alhamdulillah..tahniah mia dan suami
Quote AshkieLa 8-1-2020 04:07 PM
Edited by AshkieLa at 8-1-2020 04:09 PM
Saya mula dapat tahu hamil ketika menggunakan alat ujian kehamilan dan ia positif.

ingatkan nak cakap lakinya tiba-tiba hisap jari kaki ke ape ke buat dia tahu dia hamil... apoo
apepun tahniah... lakinya jangan nakal2 time bini cuti drpd guna pad 9 bulan ni...
Quote Cassieopeia 8-1-2020 04:36 PM
cepat lekat dia..murah rezeki dia
Quote vee_zara 8-1-2020 06:06 PM
Bosannya artis sendu. Tu je la boleh crite. mengandung, dah beranak, ataupun pegi mekah.
Quote budakpink 8-1-2020 06:55 PM
Baguih die ni sejak kawin ade anak hilang teruih dlm tv.ke ade die blakon aku yg x tengok.mcm xde je...dah kawin org kaya..kaye ke? Haha..wat ap nk susah perit blakon kan.baik p bcuti sane sini..jaga family..enjoyyy..
Quote claudya 8-1-2020 07:12 PM
doubleA replied at 8-1-2020 03:16 PM
Iols ingat lagi iols pernah cakap miakayu ni lepas kawen pencen berlakon pun takpa sebab tak tahan ...

samalah... kayu betul raysha tu. spoil je. nasib baik bukan dia yang dapat watak cindai. hahahaha
Quote doubleA 8-1-2020 07:14 PM
Nana_Man replied at 8-1-2020 03:29 PM
Drama hati seorang perempuan kan? Dgn shahrul ridzwan tu..  dlm drama tu dia memang kayu betul.

Aah betul, tak silap tajuk tu. stress tengok
Quote aleesyasofia 8-1-2020 07:23 PM
tahniah....
Quote doubleA 8-1-2020 07:29 PM
claudya replied at 8-1-2020 07:12 PM
samalah... kayu betul raysha tu. spoil je. nasib baik bukan dia yang dapat watak cindai. hahahaha

Teruk sangat ekspresi dia, macam kontrol cun pun ada. Bagus lagi nely/uqasha. Stress tengok kayu kayan di kaca tv
Quote Nana_Man 8-1-2020 08:02 PM
doubleA replied at 8-1-2020 07:14 PM
Aah betul, tak silap tajuk tu. stress tengok

Haha. Memang stress. Tapi mak i hadap lak tgk citer tu dulu. Cuma tak tahan masa watak dia tgh pregnant pakai baju sendat gitu.. mcm nk meletop..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.454260 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top