Isu pembelian rumah memang panas di Malaysia. Sementelah lagi harga rumah tersangat mahal walaupun saiznya tidak sampai 1,000 kaki persegi. Namun, apabila ada 'ejen hartanah' menyatakan anak muda sekarang membuat kesilapan dengan membeli kereta terlebih dahulu berbanding rumah, ramai yang bengang. Lebih-lebih lagi perbuatannya itu lah yang menaikkan lagi harga rumah di sesebuah kawasan. Modus operandi mereka ialah membeli rumah lalu mencari penyewa dan untung hampir RM1,000. Rumah tersebut pula kecil tetapi boleh memuatkan antara enam hingga 10 orang. Sememangnya tuan rumah untung atas angin, tetapi penyewa? Terpaksa berhimpit kerana tiada pilihan.
Pelbagai jawapan diberikan untuk menegakkan hujahnya, namun ia berjaya dipatahkan oleh warganet. Setelah dihentam beramai-ramai, 'ejen' tersebut akhirnya mengunci akaunnya. Satu demi satu rahsia terbongkar, iaitu lelaki itu bukanlah 'ejen hartanah' seperti digemburkan. Dia adalah penjual produk timbang kilo iaitu ubat kuat dan lain-lain. Lebih mengejutkan, Shazmie inilah orang yang dipukul oleh seorang wanita dalam insiden kesesakan jalan raya. Video tersebut tular tahun lepas. Ini menambahkan kegeraman warganet yang lain. Ramai meminta campur tangan pihak berkuasa supaya bertindak ke atas pembeli rumah untuk disewakan ini. Jika ia tidak dibendung, kapitalis akan makin kaya dengan jurang kemiskinan semakin besar. Alahai, macam-macam 'scammer' sekarang. Jual ubat kuat pun boleh jadi 'ejen hartanah'. Kasihan pada penyewa yang terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa serta keluarga yang tidak mampu membeli kerana golongan ini telah membolot hak pihak yang sepatutnya. - CARI |
Kurex replied at 8-1-2020 04:14 PM
sebab tu aku sinis je bila orang terangkan aku pasal pengurusan kewangan.. konon kalau beli ni dulu, ...
ina_na replied at 8-1-2020 05:23 PM
Blm lg kes penyewa lari x bayar monthly.. Blm lg Api air pun x bayar..Silap2 rumah jahanam dikerjaka ...
Artemesiaa replied at 8-1-2020 05:32 PM
Betul tu sebab tu makin ramai dah malas nak buat sewa rumah, kalau dapat penyewa baik tak mengapa ...
HujanBatuTiga replied at 8-1-2020 04:14 PM
Rumah 300K. Masuk interest loan rumah dgn bank dah jadi brapa total semua.
ina_na replied at 8-1-2020 05:55 PM
Negetif oo.. Ssh dah skrg ni.. Bl umah dah la lama berhutang, 30thn tu.. Mcm2 kn hadap
dekmieDandy replied at 8-1-2020 05:44 PM
especially untuk orang yang single, mimpi jelar umur 30 ke bawah nak beli
makan timun jelar jawab ...
AbukRokok replied at 8-1-2020 06:06 PM
siapa lah yg sewa 2k sebulan sedang dengan 2k sebulan boleh own rumah terus?
Lula2 replied at 8-1-2020 06:57 PM
Luar kl masih ada rumah murah.
Tp tu la kalau keje kl mesti nak beli rumah kl kan
ADVERTISEMENT