CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus Berkeliaran Ketika Pemeriksaan, Restoran Nasi Kandar Terkenal Diarah Tutup

9-1-2020 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9001| Komen: 77|Original author: R2D2

Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown diarah tutup 14 hari bermula semalam selepas mendapati tahap kebersihan premis tidak menepati piawaian.


Gambar hiasan

Selain menemui najis, air kencing tikus dan lipas di dapur, beberapa tikus turut dilihat berkeliaran ketika Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang membuat pemeriksaan di premis berkenaan.

Memetik BH Online, M Bawani berkata, dalam operasi berkenaan, satu lagi restoran nasi kandar di Little India dikenakan kompaun RM100 kerana menyimpan semua bahan dalam peti sejuk yang dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran.

Malah, dua pasar mini turut diarah tutup 14 hari kerana tahap kebersihannya tidak memuaskan. Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan kehadiran makhluk perosak.

“Premis yang diperintahkan tutup itu perlu membersihkan kedai masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya. - CARI

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 9-1-2020 02:43 PM
yg paling top kat situ ialah nasi kandaq beratoq, tapi ada dua tuan...siang tokey lain, belah malam tokey lain. yg popular belah malam.
Quote fliphair8 9-1-2020 03:05 PM
tak minat beratoq...hakak peminat hameediyah...cam ngandung 3 bulan sekali makan sana...tapi hakak hanya belasah sebulan sekali jek....tetap masak2 air kesukaan hakak, singgang, asam, sambal belacan ulam etc...tak larat cheq metekedarah nasik kandaq hari2 aihhh
Quote Victorioussss 9-1-2020 03:06 PM
Beratok xminat..biasa je. Hameediyah pn xsgt

Deen maju lazat..sama par dgn lawood kat nilai
Quote JohnnySins 9-1-2020 03:11 PM
tanya sikit...rentung tak nak saman kerajaan ka sebab rasis hina rentung dengan nama jalan?? wakakakakkakakakakaa
Quote R2D2 9-1-2020 03:14 PM
restoran cina kotor mcm mana pun mana ada yg berani nak check area dapur
daging babi gantung sana sini
belakang dapur pulak anjing berkeliaran sana sini
Quote tagas 9-1-2020 03:14 PM
Line clear baq ang  
Quote tobby 9-1-2020 03:28 PM
fliphair8 replied at 9-1-2020 03:05 PM
tak minat beratoq...hakak peminat hameediyah...cam ngandung 3 bulan sekali makan sana...tapi hakak h ...

hameediyah nasi kandaq harga bangsawan. pelan lama pelan mahai.
Quote tobby 9-1-2020 03:28 PM
Victorioussss replied at 9-1-2020 03:06 PM
Beratok xminat..biasa je. Hameediyah pn xsgt

Deen maju lazat..sama par dgn lawood kat nilai

deen maju sedap...harga pun marhaen.   satu lagi nasi kandaq kampung melayu.  maveles baq hang..
Quote tobby 9-1-2020 03:30 PM

line clear paling senang nak makan sbb bukak 24 jam. tempat duduk byk.  line clear Kg Baru rasa lebih kurang sama sebab depa sepupu.  tapi dah berlaga angin, sbb tu lari pi bukak kat KL.
Quote SWORKS27 9-1-2020 03:31 PM
elok la..kalau tak bersih kasi tutup ja..
Quote fliphair8 9-1-2020 03:33 PM
tobby replied at 9-1-2020 03:28 PM
deen maju sedap...harga pun marhaen.   satu lagi nasi kandaq kampung melayu.  maveles baq hang..

pak sedara hakak peminat deen maju, tiap kali balik kampung bini no 2 dia kat perda, hangkut satu batalion pi makan kat deen...

sedap gak, suma kari rasa freshh....
Quote sarah82 9-1-2020 03:46 PM
Restoran kapitan la tu
Quote sarah82 9-1-2020 03:48 PM
Victorioussss replied at 9-1-2020 03:06 PM
Beratok xminat..biasa je. Hameediyah pn xsgt

Deen maju lazat..sama par dgn lawood kat nilai

Vics,  u cuba nasi kandar kat pejabat pos gelugor.. Sedap.. Dan nasi kandar kmpg melayu
Quote sarah82 9-1-2020 03:48 PM
tobby replied at 9-1-2020 03:30 PM
line clear paling senang nak makan sbb bukak 24 jam. tempat duduk byk.  line clear Kg Baru rasa le ...

Line clear tak sedap..
Quote jcopy 9-1-2020 03:49 PM
dah bersemak bersepah supo semak belakang rumah si pembasuh berak orang

haruslah kena tutup

PENGOTOR

Quote tobby 9-1-2020 03:56 PM

aku lebih prefer nasi kandaq kampung melayu atau Cargas Cafe Bayan Lepas.
Quote sarah82 9-1-2020 03:58 PM
tobby replied at 9-1-2020 03:56 PM
aku lebih prefer nasi kandaq kampung melayu atau Cargas Cafe Bayan Lepas.

Cargas yg dekat kmpg gembira /belakang tu ada kubur kan? Hahahaa.. Port lepak aku dulu.. Aku suka beli pulut udang rm1 kat adik jual tepi jln.. Pulut udang dia sedap..
Quote tobby 9-1-2020 03:59 PM

lokasi restoren kapitan bukan di jalan masjid kapitan keling spt dlm berita ni.  restoren kapitan di Jalan Macalister.  tapi sebelum ni restoren kapitan pun pernah kena tutup.
Quote rosasen 9-1-2020 04:00 PM
deen maju sodap... roti canai pon sodapp

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077246 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top