CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Papan Tanda Tulisan Jawi Dah Betul, Pengguna Yang Tak Tahu Baca?

9-1-2020 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6741| Komen: 19

Nampaknya masih ramai yang di kalangan orang Melayu sendiri yang masih keliru dengan bacaan dan ejaan untuk tulisan Jawi. 

Sebelum ini, tular bagaimana papan tanda yang tersalah ejaan dalam tulisan jawi.


Namun kali ini, ejaan yang betul ditampilkan sebaliknya pengguna yang salah mengeja. 

Kredit foto: Twitter

Begitulah yang terjadi menerusi satu papan tadi restoran makanan segera McDonald's di Damansara Damai dalam mempromosikan menu terbaharu mereka. 

“Nikmati burger ‘prosperity’ ikan. Dijamin halal. Drive-thru aja lah!" 

Begitulah yang ditulis pada papan tanda itu dengan perkataan 'nikmati' ditulis dalam tulisan jawi. 


Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter berkata, dia berasa keliru dengan ejaan 'nikmati' itu dan berharap ejaan tersebut disertakan dengan baris. 

"McD dah jawi, tapi aku rasa diorang perlukan baris juga. Aku baca benda lain tadi,"tulisnya. 


Ejaan 'nikmati' dibaca dengan berbunyi 'nak mati' kerana kekeliruan yang berlaku.

Pun begitu, ada pengguna lain yang menerangkan, sememangnya ejaannya sedemikian kerana ia mengikut bahasa Arab dan ditulis secara baku. 

“Jawi tidak perlukan baris. Kita hanya perlu kenal dengan perkataan-perkataan untuk memahami ayat sebenar. ‘Nak mati’ ditulis dengan dua perkataan, dan ‘nikmati’ asalnya daripada perkataan Arab ‘nikmat’."

Apa pula kata anda? - CARI 
5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-1-2020 05:38 PM
depa confused
skang mana tulis nak mati dah
semua
namatey namatey
sedap namatey hodoh namatey etc

and mmg tak reti jawi la kot
Quote Kurex 9-1-2020 05:43 PM
kau je bodoh tak reti baca jawi
Quote msdummy.2018 9-1-2020 05:48 PM
mmg yg suruh letak baris tuh xreti baca jawi...bodoh tuh simpan kat diri jer..xpyh nk upload kat soc media!!!!
Quote Nt-ViruS 9-1-2020 06:55 PM
sama kat social media sibuk nk taip guna jawi tapi ejaan failed.
Quote uda 9-1-2020 09:19 PM
Nak mati tu eja as nun kaf.
Yang di tulis tu nun 'ain
Quote Melur1 9-1-2020 11:25 PM
jawi mana ada guna baris2... iolls tau lah sebab iolls pernah menang pertandingan membaca jawi masa umur 7 tahun dulu hohoho
Quote salmon-suki 10-1-2020 12:03 AM
Suh belaja jawi,kemain lagi xnak,ni nmpk  kebodohan tuh.. Kalau jawi y senang ni pn xreti nak baca,al-Qur'an apetah lagi..{:nose
Quote najib888 10-1-2020 01:19 AM
Twitterland? hahahaha lubuk budak2 bodo menunjuk kebodohan, kepoyoan dan lain2 yang seangkatannya.

Dah kau yang bodoh membaca, nak letak baris kejadahnya..
Aku baca elok je..
Quote crazybeach 10-1-2020 09:03 AM
sendiri bimbo tak reti baca jawi lepastu merempan nak ada baris bagai. dah sah2 nak eja mati kena ada alif. eja bm rumi pun tah hapa2 lagi nak sibuk pasal jawi. sedeh la kau ni
Quote bobo_beck 10-1-2020 03:03 PM
... Mana hang tuah.. nyesal sultan jatuh hukum bunuh..
Quote Skuau 10-1-2020 06:36 PM
"lu olang sendili bolom pandai baca.......see...."-
Quote palmolive 10-1-2020 08:03 PM
tulisan jawi mana ler ada baris..nak senang jek kerja
Quote CatMiow 11-1-2020 12:36 PM
Memang eja nun ain ka?
Bukan nun ya ...

Tulisan jawi ni pun banyak sifir2 atau hukum2 tau.

Menyesal dulu tak salin masa ada slot kat saluran radio tempatan.

Sifir atau hukum ni contohnya jika tulisan kvkv Dengan vokal 'a' seperti mata,  adakah dieja mim alif ta alif, atau mim alif ta.

Macam perkataan 'nikmati' . Perkataan ni kata pinjam dari bahasa arab.

Seperti kata forumer kat atas,  huruf 'k' tu adakah perlu di perlu guna huruf  'kaf' atau 'ain'? Sebab ejaan bahasa arab dieja nun.ain.mim.ta

Dan macam kekeliruan saya.  Adakah perlu ditambah huruf 'ya' selepas huruf 'nun'?

Bagi yang cakap tulisan arab ada baris.  Jangan silap ya.  Buku2 arab,  akhbar dan artikel arab tak berbaris 100%.  Hanya perkataan tertentu sahaja yang berbaris.  

Yang berbaris 100% hanya Al quran,  supaya bacaan kita tak lari makna.
Quote CatMiow 11-1-2020 12:37 PM
Skuau replied at 10-1-2020 06:36 PM
"lu olang sendili bolom pandai baca.......see...."-

Tu sebab kena belajar.
Quote CatMiow 11-1-2020 12:45 PM
Ala,  golongan2 yang tak nak belajar jawi ni,  bila jawi dah kena guna kat signboard,  dorang yang lebih2 guna.

Risau je kalau ada golongan Islam yang dungu yang dok fikir asal jawi je halal,last2 masuk kedai makan cina ada tulisan jawi, tapi kat dalam jual bab1.
Quote jetonkepoh 11-1-2020 05:28 PM
ada2 je la melayu ni... dah tulis jawi... bodoh plak nk membacanya.... choiiii
Quote Ferr_Remy 7-2-2020 06:26 PM
Aku baca trus tau nikmati. Bodohnye mamat tu
Quote bakingsoda 7-2-2020 09:57 PM
CatMiow replied at 11-1-2020 12:36 PM
Memang eja nun ain ka?
Bukan nun ya ...


yg ni betul, buku sekolah aku dulu yg bahasa arab mne de baris. kalau nak faham setiap helaian buku tu ada 3 peringkat; letak baris, makna perkataan, terangkan makna ayat. kalau semata2 suruh budak faham sendiri dlm buku tu melopong je la semua, nak baca pon terkial2 tak berbaris
Quote wolfheart 8-2-2020 10:01 PM
Nt-ViruS replied at 9-1-2020 06:55 PM
sama kat social media sibuk nk taip guna jawi tapi ejaan failed.

Kalo laman media tu milik jab kerajaan, tokoh2 terhormat atau badan2 rasmi, mmg tak patut la salah ejaan tapi kalo milik org biasa mcm kita2 semua ni tak pe la kalo tersalah silap ejaan. Sama2 belajar sikit2.

Jgn mcm org melayu dgn bahasa inggeris. Tak boleh lgsg salah grammar, salah vocab walo utk perbualan harian. Dipandang rendah. Tak sudah2 nak dibetulkan depan public mengalah tgh exam sedangkan BM tunggang terbalik ejaan tatabahasa merapu buat pejam je sebelah mata. Padahal english tu pun bahasa utk berkomunikasi je, bukan penentu ketinggian IQ.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.215893 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top