CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Teman Lelaki Gigit Hidung Wanita Sampai Putus

9-1-2020 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2585| Komen: 6

Seorang wanita mendakwa hidungnya digigit oleh bekas teman lelakinya hingga putus dalam satu pergaduhan dalam bilik air di kediamannya di Toronto, Kanada. 

Memetik laporan Mirror, Allyson Danylko, 24 berkata dia dan bekas teman lelakinya, Nick Grewal bertengkar di sebuah kelab malam pada sambutan Tahun Baru sebelum ia bertukar menjadi semakin serius ketika pulang ke rumah. 

Wanita ini berkata, lelaki itu cemburu dengan rancangannya untuk bercuti ke Costa Rica tanpa dirinya. 

Kredit foto: mirror/ gofundme

"Dia tidak mahu saya pergi ikut serta percutian itu. Dia bertindak melampau apabila menggigit hidung saya hingga putus.

"Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans," katanya. 


Mangsa juga percaya lelaki berkenaan sudah menelan cebisan hidungnya mahupun membuang ke dalam mangkuk tandas kerana anjing pengesan tidak dapat menemuinya. 

Wanita ini juga dijangkan membuat pembedahan bagi membaiki hidungnya dengan menggunakan kulit di bahagian telinganya. - CARI    

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 9-1-2020 06:25 PM
Nak cacatkan muka gf tu baru menyesal bila berpisah. Psiko gitu
Quote Kurex 9-1-2020 06:25 PM
gila ke apoooo
Quote buapakperut 9-1-2020 07:12 PM
astaga scary nya
Quote crazybeach 9-1-2020 07:20 PM
teringat pulak iols aqasah nyanyi lagu gigit2 hidung cuping telinga bagai. ha kau sekali kena gigit putus berdarah terus
Quote Carcosa 9-1-2020 10:08 PM
Yg penting bulu mata tetapppp {:spec
Quote Melur1 9-1-2020 11:23 PM
seramnya..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074781 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top