CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakat Dengan BF, Pembantu Klinik Ditahan Samun Doktor

14-1-2020 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2680| Komen: 11

Seorang pembantu klinik ditahan polis selepas disyaki menyamun seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor, lapor Astro AWANI.

Malah, suspek turut disyaki bersubahat melakukan jenayah itu dengan teman lelakinya berusia 26 tahun.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan mengenai lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun seorang doktor di klinik terbabit pada 8.48 pagi, Isnin.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM2,443.

"Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah masuk ke dalam klinik dan keluar selepas beberapa minit dengan hasil wang perniagaan klinik tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa dipetik AWANI.

Tambahnya, pihaknya mendapati keterangan pembantu klinik berusia 24 tahun berkenaan meragukan.


Gambar Hiasan


Soal siasat mendapati suspek yang bekerja sejak lebih sebulan lalu di klinik itu berpakat dan bersubahat dengan kekasihnya yang baru dikenali enam bulan lepas.

"Polis merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian, wang tunai berjumlah RM310, dua resit deposit tunai berjumlah RM2,050 dan barangan lain untuk tujuan siasatan," katanya.

Polis kemudian menahan kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Forfoxache 14-1-2020 01:24 PM
Sampah masyarakat
Quote Boomibulat 14-1-2020 01:26 PM
Knp x samun ptg2 skit..mesti dpt lebih..ni klinik blm buka korang dh samun
Quote CiliPadiSedap 14-1-2020 01:42 PM
Boomibulat replied at 14-1-2020 01:26 PM
Knp x samun ptg2 skit..mesti dpt lebih..ni klinik blm buka korang dh samun

petang penyamun tu nak masuk lokap jadi kena samun pagi
Quote Boomibulat 14-1-2020 01:48 PM
CiliPadiSedap replied at 14-1-2020 01:42 PM
petang penyamun tu nak masuk lokap jadi kena samun pagi

kalau samun petang malam kena tangkap sejuk sikit..mak bapak nk dtg jamin pun senang sbb dh abis kje..
Quote CiliPadiSedap 14-1-2020 01:49 PM
Boomibulat replied at 14-1-2020 01:48 PM
kalau samun petang malam kena tangkap sejuk sikit..mak bapak nk dtg jamin pun senang sbb dh abis k ...

tp lauk malam xsedap dalam lokap
Quote any42 14-1-2020 01:54 PM
elok2 ad keje pegi samun majikan. jumpa plak bf sama setan. match made in hell
Quote Forfoxache 14-1-2020 02:01 PM
any42 replied at 14-1-2020 01:54 PM
elok2 ad keje pegi samun majikan. jumpa plak bf sama setan. match made in hell

Kerja elok2 skang dah ada criminal record. Padan muka
Quote fliphair8 14-1-2020 02:18 PM
early bird gets the worm....
Quote Artemesiaa 14-1-2020 02:20 PM
Nasib ada cctv tolong kantoikan kegiatan mereka
Quote jazaa100 14-1-2020 02:23 PM
Boomibulat replied at 14-1-2020 01:26 PM
Knp x samun ptg2 skit..mesti dpt lebih..ni klinik blm buka korang dh samun

Duit collection semlm tu....

Tak sempat nk bank in lg...
Quote gigahertz 21-1-2020 09:04 PM
Artemesiaa: Nasib ada cctv tolong kantoikan kegiatan mereka

tapi ada satu kes tu tak boleh di dakwa kerana tiada audio

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.186139 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top