CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Mata Rasa Panas, Kepala Berat, Badan Dicucuk-Cucuk " - Tak Sangka Rupanya Positif Influenza

17-1-2020 04:12 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5305| Komen: 8


Kredit foto: The People's Pharmacy


Baru-baru ini tular di media sosi@l dan media mass@ tentang kebimbangan ramai orang berkaitan penularan wabak Influenza A di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, influenza merupakan selsema di mana adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. 

Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

Kredit foto: theindianpracticioner.com

Menerusi laman F@cebook, Anizzon Hussin berkongsi pengalaman getirnya positif virus ini.


Pada mulanya beliau berasa hairan dengan penyakit selesema yang datang menyerang secara tiba-tiba kerana sebelum ini dirinya tidak pernah mengalami situasi sebegitu.

Rupanya virus  influenza dah ada dalam badan!



Tak mampu nak tahan dah, terus ke hospital.


Sampai hospital dari temubual, doktor dah agak. Doktor buat dulu test ambil sample kat hidung. Hampir sejam menunggu result. Masa menunggu, muka dah cuak takut kena virus itu. Aduhai, tak boleh nak bayang macam mana. 

Barulah sibuk google cari info penyakit. Nampak doktor menghampiri. Aduhai, harap Dr kata, demam awak ambil antibiotiok, esok lusa sembuh dan awak boleh balik. Oh, usah mengharap jika sendiri pun rasa pelik dengan selesema yang air hidung ‘non stop’.

Positif influenza, kena rawat dan kuarantin





Akhirnya, selepas 5 hari dirawat, Puan Anizzon Hussin semakin pulih. 

Simptom-simptom Dijangkiti Influenza

Menurut Kementerian Kesihatan, simptom-simptom dijangkiti influenza ini pula adalah demam, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sukar bernafas dan kelesuan. 

Jika anda atau ahli keluarga dapati diri anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk menjalani saringan influenza dan dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Loading FB Post...

Langkah-langkah pencegahan influenza ini ialah anda haruslah memastikan tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin, cuci tangan selepas batuk atau bersin dan pakai penutup mulut dan hidung.

Selain itu, anda juga harus hindari tempat awam dan sesak, dan jangan hantar anak ke pusat asuhan sekiranya terdapat kes influenza serta anda harus dapatkan suntikan vaksin influenza. - CARI 
2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 17-1-2020 04:46 PM
Stay safe everyone
Quote salmon-suki 17-1-2020 08:01 PM
Ai batuk berkahak hijau je..seleswma,demam,muntah2 yilek..
Quote daisyyyyy 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah
Quote chinta89 19-1-2020 12:18 PM
smlm baca post artis salina saibi pelakon Gerak Khas.
anak dia kena Influenza ni.. Aqeela nama anak dia.
Quote palmolive 21-1-2020 03:08 PM
apa2 pun, yg penting selfie 1 kaley
Quote AnaisAnais 21-1-2020 03:52 PM
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah

pakai sebut je tu....macam2 antibiotik katanya. hahaahahaha


antivirus dik.
Quote gam_gajah 21-1-2020 03:53 PM
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah

betul la sama heran gak
i kena influenza Doc bagi Tamiflu je


Quote MFR_IN 21-1-2020 04:42 PM
daisyyyyy replied at 18-1-2020 09:20 PM
kenapa rawat dengan antibiotik kalau serangan virus? heran lah

yurp, die kena thu beza bateria dgn virus dulu..sebb apa dr bagi die antibiotik..


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.189414 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top