CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Takpa Zina Kalau Tak Tahan, Tapi Kena Pakai Kondom, Takdalah Buang Bayi"

15-1-2020 11:37 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12334| Komen: 12



Pemodenan dan liberalisasi dalam masyarakat masa kini seakan tidak dapat dibendung lagi. Jadi, apa yang salah dan berdosa selama ini dineutralkan oleh segelintir puak ini seperti bersetuju bahawa zina adalah haram tetapi jika mahu melakukannya juga perlu mengambil langkah keselamatan seperti kondom untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar kata mereta.

Hal ini dibantah oleh alim ulama dan warganet lain yang memandang serius tanggapan salah ini. Apatah lagi menyatakan "Kempen Jauhi Zina Tak Berkesan" seolah-olah menyatakan betapa susahnya untuk anak muda masa kini mengelakkan zina. Senipis itu kah iman generasi sekarang?



Twitter


Bagi pakar motivasi, Hilal Asyraf ayat seperti "Zina diharuskan jika tak mampu mengawal nafsu, asalkan menjaga diri dari penyakit kelamin serta tidak mengandung." adalah stigma songsang semata-mata. Jadi, pengenalan 'safe sex' itu sendiri sebenarnya lebih memudaratkan berbanding kebaikan. Ianya menyumbang kepada keruntuhan institusi keluarga dan moral masyarakat itu sendiri.

Google
Menurutnya lagi memang sukar untuk menjayakan Kempen jauhi zina. Ia mendapat ancaman dan tentangan segenap arah seperti kehidupan artis yang langsung tidak membantu kempen ini. Baru menegur soal pakaian sikit, dah ada geng melompat cakap fasal patriarki, slut shaming dan lain-lain.
Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah perlu mengekang dari awal seperti keluar berdua-duaan, pergaulan tanpa batas dan bukannya mengajar mengenai 'safe sex'.

google

Berlaku perdebatan antara dua golongan ini yang merasakan 'safe sex' masih bagus untuk mengekang masalah yang lebih mudarat. Dan ianya mendapat perhatian daripada Ulama Wilayah Persekutuan sendiri.
Twitter

Google
Begitu lah, bila ada yang cuba 'menghalalkan' zina dengan pelbagai alasan membuatkan kita tertanya adakah anak muda sekarang sudah terlibat dalam kancah sosial ini hingga begitu tega mempertahankan yang haram ini? - CARI
1

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Gingerly

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 15-1-2020 01:29 PM
Edited by KIM.K at 15-1-2020 01:30 PM

Apa maksud hilal ni. Endorse condom ke
There's this nice man met on occasion, bagitau dia pesan kat anak buah dia jangan buat buat penetration. Safe sex dulu katanya

Too shocking. Not seeing his safe ass ever again
Quote Noramy89 15-1-2020 05:26 PM
Org promote safe sex bukan nak suh menormalisasikan sex bebas,tapi mencegah dari perkara yg lebih memudaratkan, cth anak luar nikah yg belambak2 tu. Terang2 la sex bebas mmg da jadi budaya sekarang ni, jgn in denial la..
Quote kukukatablog 15-1-2020 06:26 PM
betulll student aku ramai dah terlanjur n dah beranak...
nak bgatau pasal hukum depa pon dah tau...
last2 ak bgtau depa, klo dah x tahan sangat, pakai lah protection....
Quote Orix 15-1-2020 06:41 PM
it's true. pakai lah kondom jugak pd pasangan yg berkahwin kalau dah tahu tak mampu nak membela anak, tapi sibuk nak memantat x menahan lepas kt dalam.
Quote makita 15-1-2020 07:04 PM
kukukatablog replied at 15-1-2020 06:26 PM
betulll student aku ramai dah terlanjur n dah beranak...
nak bgatau pasal hukum depa pon dah tau... ...

Betul tu kuku, nak larang pon bukan nak ikut. Cuma kalau bdk2 ni tahu kesan zina pada diri sendiri wpon tak keluar baby tu lg hazab nak tanggung. Tp ada je yg berzina x kene balasan kt dunia.
Quote izzah_ok 15-1-2020 08:46 PM
sebenarnya kt Malaysia ni..yg terlanjur tu, bukan nya xtahu hukum.. tp tu la hurmmm,,
aku pun ade kawan yg terlanjur ni..dtg dari family baik2..
masa dia ckp dia mengandung, aku tak ckp pun ko xtau hukum agama ke (of course la dia tau kan)..
tp aku tnya, nape tak pakai protection huhu ntah la..
Quote RatuDunia94 15-1-2020 10:02 PM
Main kan sedap.. org yg terlanjur ni rata2 mmg tau zina tu dosa besar.. tp benda dah sedap.. mana nk ingat tuhan...
Quote Meiizu 15-1-2020 11:15 PM
Org islam having sex takpakai condom- terlanjur,.
Tapi kalau dah terlanjur tu lagi kesian kalau pregnant ada anak..dah anak pi buang merata lah plak.
Yg safe sex memang nak enjoy sex je
Quote Meiizu 15-1-2020 11:16 PM
Edited by Meiizu at 15-1-2020 11:18 PM
izzah_ok replied at 15-1-2020 08:46 PM
sebenarnya kt Malaysia ni..yg terlanjur tu, bukan nya xtahu hukum.. tp tu la hurmmm,,
aku pun ade k ...

Unplaned..terpegang tersentuh terlanjur.takbawak condom mcm bawak pad.
Camtulaaa kot
Quote dua_chzy 15-1-2020 11:16 PM
Nak jauhi zina haponya dah ngesek tu sodap. Helok la promot kondom. Ngkorang bukan tak tahu remaja sekarang sexually active tak kira Moslem ka non.
Quote chinta89 16-1-2020 08:57 AM
BOLEH BERHUJAH DENGAN 10 ORG CERDIK PANDAI TP BILA DTG SATU ORG YG JAHIL KITA SUKAR MEMBETULKAN KEJAHILANNYA YG BTL2 KONAR BARING NI.
Quote incess.my 17-1-2020 04:58 PM
Tak kira la ko nak pancut dalam ke luar, yg pasti jangan sebok nak buang anak merata2... time sedap tak ingat!!!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.033321 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top