Penyanyi Sasha Saidin, 43, telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh adik Sasha sendiri, Zain Saidin dan bersaksikan datuknya, Zainal Abidin Ismail.
Memetik laporan Gempak, majlis pernikahan itu dibuat di The Sanctuary, Kuala Lumpur namun dengan kehadiran keluarga rapat sahaja. Sasha menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,000 beserta tiga dulang hantaran yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.
Untuk info, Sasha dan Sirhan merupakan kenalan zaman persekolahan, namun kembali akrab sejak tahun lalu.
Sasha sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai seorang anak lelaki dari perkahwinan kedua, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10. Sirhan juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata. Selamat pengantin baru Sasha. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu! - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|