CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Tahu" - Dah Puas Belanja Tapi Najib Tak Tahu Itu Duit SRC

22-1-2020 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5390| Komen: 23

"Saya tidak tahu itu adalah dana SRC International."

Datuk Seri Najib Tun Razak berkeras menafikan tahu mengenai dana yang didakwa dari syarikat SRC International Sdn Bhd telah dimasukkan ke akaun peribadinya.


Perbicaraan kes SRC semakin panas apabila mantan Perdana Menteri itu diasak Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram mengenai dana bernilai RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya antara penghujung tahun 2014 dan 2015.


Foto: IG

Memetik MalaysiaGazette, dana berkenaan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun peribadi Ambank Ahli Parlimen Pekan itu; RM27 juta, RM10 juta dan kemudian RM5juta.

Bagaimanapun, Najib kemudian dilihat tertekan apabila diasak tanpa henti hingga meninggikan suara.

"Mengejutkan juga ya untuk mengetahui kamu telah membelanjakan setiap sen daripada wang-wang itu walaupun tidak tahu sumbernya," soal Sithambaram.


Najib kemudian menjawab dalam nada tinggi bahawa dia tidak tahu itu adalah wang SRC International.

Beliau sekali lagi berkeras menjawab 'tidak tahu' ketika ditanya mengenai wang sebanyak RM27 juta telah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 26 Disember.

"Saya fikir ianya adalah sebahagian daripada dana untuk melakukan kerja-kerja korporat sosial (CSR). Jadi saya tidak tahu itu adalah dana SRC International," jawab Najib apabila Sithambaram mendakwa beliau telah membelanjakan semua wang itu.

Sithambaram kemudian mempersoalkan Najib yang membelanjakan RM27 juta tanpa tahu apa-apa, namun Najib tetap dengan jawapannya dan mendakwa hanya tahu (wang itu adalah dari SRC) selepas itu.

Najib juga mengakui membelanjakan dana RM5 juta itu, namun masih bertegas dengan jawapannya.

"Ya betul. Tetapi saya tidak tahu itu duit SRC International. Saya tahu kemudian," jawabnya.

Malah, Najib tetap berkeras 'tidak tahu' apabila Sithambaram menunjukkan senarai transaksi wang SRC International melalui syarikat subsidiri seperti Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun peribadinya.

“Ya betul tetapi ketika itu saya tidak tahu tentang transaksi-transaksi ini memandangkan bukan saya uruskan akaun dan penyata bank juga saya tidak lihat.

“Saya juga tidak pernah memberi apa-apa arahan supaya wang-wang ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya. Saya tidak tahu tentang transaksi itu,” tegasnya. - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 22-1-2020 06:23 PM
Cerita ni kena seiring dgn kes Joanna Ex-Manager Ambank yg uruskan akaun Najib... Baca jugak kes kenapa dia kena saman pasal kes ni... Baca jugak apa statement Ambank berhubung kes saman staff dia.... So bila dah pahamkan baik2 kronologi kes tu barula blh pahamkan jawapan "tak tau" dari Najib
Quote harizs 22-1-2020 06:29 PM
matamata replied at 22-1-2020 06:23 PM
Cerita ni kena seiring dgn kes Joanna Ex-Manager Ambank yg uruskan akaun Najib... Baca jugak kes ken ...

Cubaan hambar sithambaram utk provoke DSN kononnya pelik sgt dah yg DSN tak check penyata akaun bank tapi tahu pulak ada duit masuk, konon seperti loteri , tiba-tiba masuk secara misteri

DSN selamber jawab,
"Saya tak perlu semak penyata akaun bank, saya tahu mengenai derma tersebut datang melalui cara lain seperti surat-menyurat yg mengesahkan kemasukannya

lawyer mana tak tau pasal wujudnya kaedah surat menyurat ni weh? Kah kah kah dia nak provoke dia pulak kena nganjing
Quote harizs 22-1-2020 06:30 PM
Dia dh hilang modal nk lawan pasal signature palsu tu. Try kona kut lain pulak. Tup2, kona teruih masuk longkang  pulak
Quote harizs 22-1-2020 06:32 PM
dorang ingat DSN kena login Maybank2u mcm org tunggu gaji kot?  haha
Quote Kurex 22-1-2020 06:54 PM
benang utk macai keluar gua hirup udarabsegar dan nikmati matahari terbenam
Quote tobby 22-1-2020 07:02 PM
Perbicaraan kes DSN hari ni lain maciam..

Pendakwaraya Sithambaram tanya kenapa DSN guna duit sendiri untuk beli hadiah kepada pemimpin negara luar.

DSN jawab, beliau tak tergamak nak guna dana awam untuk bagi hadiah kepada kawan sendiri (PM Qatar) walaupun boleh buat begitu.

Pendakwaraya kata tak boleh. Sepatutnya kena guna duit kerajaan. Tak boleh pakai gaji sendiri

nak Najib masuk jail ke nak tunjuk najib ni baik sebenarnya?
Quote addved 22-1-2020 08:31 PM
Another stupid  corrupted politician. Memalukan negara je petuihhhhhhh
Quote slavehunter 22-1-2020 08:33 PM
Biasa la yang haram babi dengan arak jer. Duit haram halal bagi mereka.
Quote anaktoyol 23-1-2020 08:12 AM
pokjib leh gi mamps...
Quote husna_amal 23-1-2020 10:28 AM
Jawapan alasan nak selamat  "Saya tak tau"
Quote pilot 23-1-2020 10:47 AM
husna_amal replied at 23-1-2020 10:28 AM
Jawapan alasan nak selamat  "Saya tak tau"

kan...tapi boleh terlepas ke dengan hanya jawab taktau...iols rasa kat dunia ni boleh la putar belit sebab ada pengaruh kan tp kat sana nanti la best


Quote Zazama 23-1-2020 11:15 AM
Saya pun tak tau kenapa la pak jib tak tau semua perkara, yg pak jib tau cuma tak tau aje.
Quote hady_vit 23-1-2020 12:08 PM
kt FB mcm pahlawan bugis, semua benda ko tau.

hutang negara ko tau jual asset ko tau
projek terbengkalai ko tau
cokelat hilang kt umah ko tau

duit masuk RM42 juta dalam account sendiri, ko tak tau..hahahahahaha

bodoh jibon dgn pengikut nye, mmg betul kata kak mah pada najib
"u  got goons around you"

hahahahahahahahahahaha
Quote tripleid 23-1-2020 12:10 PM
Edited by tripleid at 23-1-2020 01:26 PM

Tetiba geng penyamun terkena pnyakit hilang ingatan.tak ingat,tak tau,tak kenal tandatangan,tak pasti,tak cek baki akaun,org lain yg uruskan duit saya,saya sibok jd piyem
Quote palmolive 23-1-2020 12:14 PM
tobby replied at 22-1-2020 07:02 PM
Perbicaraan kes DSN hari ni lain maciam..

Pendakwaraya Sithambaram tanya kenapa DSN guna duit se ...

maciam pernah baca jek ayat ni..hrmmm
Quote Ferr_Remy 23-1-2020 12:19 PM
Die la perdana menteri, menteri kewangan semua.. Last2 jawapan x tau. Sama bengap cam macai jibby ni.
Quote Boomibulat 23-1-2020 12:30 PM
Bersabarlah DSN..org baik2 mmg bnyk ujian
Quote ina_na 23-1-2020 12:38 PM
Pasal dia x tau semua la selamba je naik kan rege petrol setiap minggu.. Jenuh lps tu brg naik.. Harap2 lps ni bn lantik la president semua tau.. Kita ni bkn pe... Dah turun kan najib.. Ph pulak mcm ape je..
Quote zehra2 23-1-2020 01:07 PM
duit byk sgt... sampai tak tau dtg dari mana..
rakyat marhaen mcm aku.. duit ihsan 500  setahun tu pun aku check masuk ke tidak.
tp iya laa  org kata kecik periuk kecik la keraknya..
najib tk mkn nasi.. mana dtg kerak ya tak?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071709 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top