Sebelum ini, ramai yang mengecam tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mahu menghidupkan sukan e-sports dalam kalangan anak muda di Malaysia. Rata-rata daripada kita tidak bersetuju dengan idea ini dan menganggap e-sports bukanlah sesuatu yang member manfaat kepada negara. Akan tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya industry e-sport ini bernilai $138 USD pada tahun 2018 sahaja. Malah diramalkan akan terus meningkat dan berkembang pada tahun akan datang disebabkan permintaan yang sangat tinggi dari serata dunia. Cuba bayangkan pula jika Malaysia menjadi negara awal yang menceburi dalam bidang ini, pasti ramai pelabur luar yang akan masuk ke negara ini, secara tidak langsung memberi keuntungan kepada negara. Cerita tentang e-sports, baru-baru ini atlet professional Mobile Legend yang dikenali sebagai Soloz telah mengejutkan Malaysia apabila beliau dilaporkan telah memberli sebuah Ford Mustang GT500. Siapa sangka dengan hanya bermain Mobile Legends anda boleh membeli sebuah kereta mewah? Siap dengan hanya memakai selipar pula tu! Menurut Harian Metro, pihak mereka telah menghubungi Soloz atau nama beliau Mohd Faris Zakaria untuk bertanyakan soalan berkenaan pembelian kereta mewah ini, sama ada kereta tersebut ditaja atau dibeli dengan hasil pendapatan bermain game. Namun, pihak Soloz enggan mengulas lebih lanjut kerana ada beberapa perkata yang perlu difikirkan oleh mereka. Jika dikaji di internet harga untuk kereta mewah ini, kereta berjenama Ford Mustang boleh mencecah harga RM500, 000 di pasaran Malaysia. Melihatkan kejayaan Soloz dan beberapa pemain e-sports luar negara, adakah anda masih memandang rendah terhadap industri ini? Buat anda yang berminat untuk bermain permainan video, teruskan minat anda dan berlatih sehingga sampai ke peringkat professional, tapi jangan main permainan video sehingga terabai semua perkara pula! - CARI |
Kurex replied at 6-2-2020 02:36 AM
@Themilo taknak try ke
Themilo replied at 6-2-2020 11:59 AM
ermmm.. duit banyak-banyak tu, baik pergi grooming wangi-wangi la dekkk..
Kurex replied at 6-2-2020 04:05 AM
uols cuci la dia..
chicozinn: xtau la propa ke idok..kalu beli cash baguih ler tapi kalu beli ansurans tu kne kerja lebih skit sbab nk bayar bulanan tu mau cirit kalu xde job
VespaSilbe replied at 6-2-2020 01:00 PM
Gaji dia byk Kan... Boleh cecah 100 k sebulan
ohnoLia replied at 6-2-2020 01:29 PM
Ai susah nak percaya dgn main game boleh dpt waima rm10k sebulan.
Ai tgk anak2 ai try mobile ...
VespaSilbe replied at 6-2-2020 01:34 PM
Kesah benerrrr.. masuk MHI minggu lepas
Akak ni housewife pun dapat 15 k sebulan.. dok depan pc m ...
ohnoLia replied at 6-2-2020 01:37 PM
Gosh... ai susah nak hadam. Lubuk pendapatan zaman skrg ni dah berubah sampai mcm tu sekali
ADVERTISEMENT