Lelaki di Brazil tergamak mengelar leher isteri yang sedang hamil dengan pisau cukur ketika melakukan hubungan intim. Lapor The Sun, Marcelo Araujo, 21, ketika disoal siasat mengaku membunuh Francine dos Santos, 22, kerana isterinya hamil anak ketiga mereka.
Hasil perkahwinan mereka, suspek dan mangsa dikurniakan anak perempuan berusia empat tahun dan anak lelaki berusia dua tahun. Araujo mengaku tidak mahu memiliki anak lagi kerana tidak suka berkongsi isterinya dengan anak-anak. Malah, dia mendakwa keberatan untuk menyara anak-anaknya itu di usia muda. Menurut polis, lelaki itu cuba membunuh diri selepas tindakan kejamnya itu apabila dia ditemui di rumah keluarganya di Varzea Paulista, Sao Paulo dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangannya. Difahamkan, pada 22 Disember, ketika sedang berbincang mengenai sambutan Krismas, berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit berhubung kehamilan mangsa. Namun, mereka kemudian berdamai dan memutuskan untuk melakukan hubungan intim. Bagaimanapun, Araujo kemudian menikam isterinya beberapa kali dengan pisau sebelum mengelar lehernya dengan pisau cukur. - CARI
|
Nana_Man replied at 10-2-2020 02:23 PM
Bodoh nye jantan. Ni kalau taknk anak, pakai kondom berlapis2 lah. Mesti tak beranak.
ADVERTISEMENT