CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Juta Bujang Senja, Memang Tak Nak Kahwin Ke Macam Mana?

3-3-2020 10:04 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 25611| Komen: 106|Original author: Oleh: green_lantern





Trend bujang senja semakin menjadi-jadi terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Laporan khas Sinar Harian baru-baru ini, menjelaskan bahawa rekod bancian 2010 di negeri terbabit mempunyai peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas yang belum berkahwin paling tinggi.

Berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.

Ianya dipercayai akibat perubahan sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat semakin meruncing.


Kredit foto: FB


Menurut Pakar sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, jumlah bujang senja pada 2020 mungkin lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lewat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu. 


Jadi, ianya bukan lagi sejuta tetapi sudah meningkat hampir enam juta bujang senja.


"Secara tepat kita tidak tahu jumlah angkanya, tetapi pasti akan meningkat mungkin sekali atau dua kali ganda." 



Foto: FB


Rata-rata warganet mempunyai pendapat yang pelbagai. Ada yang menyatakan ianya adalah kerana taraf pendidikan wanita semakin tinggi menyebabkan mereka lebih memfokuskan pada kerjaya berbanding mencari suami. Lebih-lebih lagi, banyak hiburan boleh dicari oleh menerusi gajet berbanding mencari isteri.


Google

Ada juga yang berpendapat golongan bujang semakin ramai kerana golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang semakin terbuka hingga tidak perlu berselindung lagi dengan berkahwin.


Foto: My portal health

Adakah statistik ini menakutkan kita atau tiada masalah asalkan mereka gembira dengan jalan masing-masing? Persoalan jodoh itu kita sendiri tidak dapat meneka, cuma diharapkan mereka yang berusia 30-an dan keatas ini dipermudahkan mencari pasangan yang sekufu ya. - CARI
4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • ctcheery


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnyEnglish 3-3-2020 10:08 AM
nak kawin ape nak makan sndiri pn x cukup duit.ingt duit sekolah pampers tu ape sumua turun dr langit kah
Quote Serimolek 3-3-2020 10:11 AM
Kawin itu 1 bebanan..penat tengok pasangan berkawin..apa pn thq to my parents lahirkn i utk i tgk drama dunia
Quote salmon-suki 3-3-2020 10:14 AM
Xde laki gentleman y normal {:smile
Y ada cuma bewak dan lemari hidup bertebaran..{:smile
Quote Boomibulat 3-3-2020 10:15 AM
5 juta tu bujang +dara la kan..bkn Lelaki saja..lama2 nti Rohingya akan melebihi rakyat Msia..
Quote CiliPadiSedap 3-3-2020 10:24 AM
Serimolek replied at 3-3-2020 10:11 AM
Kawin itu 1 bebanan..penat tengok pasangan berkawin..apa pn thq to my parents lahirkn i utk i tgk dr ...

kawin dengan abang jamil je sis, confirm kaya satu malam
Quote CiliPadiSedap 3-3-2020 10:26 AM
bagi akak, punca xkahwin awal sebab life style, nak educate anak kt rumah sempit, hidup tgh kota tak sesuai jadi tangguhkan dulu.

dan mungkin faktor kewangan. semua org nak family sempurna tapi tak semua mampu capai standard sempurna.
Quote missinpiece 3-3-2020 10:27 AM
Kawin pun kalo cuma utk membela bewak yg bajet2 raja perlu dijunjung disembah buat apa. Tambah2 lagi dapat in laws bajet2 bagus dok post status bersyukur alhamdulillah suami ladang pahala..baik senangkan hati mak bapak
Quote Kurex 3-3-2020 10:33 AM
kalau dah boleh kawen, kawen je la.. yg beban sebab sendiri yg tak reti uruskan kehidupan..
Quote princessjay 3-3-2020 10:40 AM
i nk kawen..tp i xjumpe lg yg sesuai or maybe i xfhm signal lelaki ni or maybe lelaki yg i kenal tu bkn jodoh i..  stp org ade reason yg berbeza..kewangan, takut nk berubah cara hidup sbb dh biasa berdikari.. mcm i jenis yg independent, klu kenal lelaki yg slow, xreti nk buat keputusan, i jd bosan.. u nk i,show your effort lh, then i give all the love i have..
Quote rosasen 3-3-2020 10:45 AM
termasuk janda berhias ke tak
Quote ais_kosong 3-3-2020 10:57 AM
Biar la bukan deme kacau sesiapa pun.
Bekerjaya semuanya kan.
Lain la penyamun ke penagih dadah ke apa
Quote nazzse 3-3-2020 10:58 AM
nak kawin tapi tu lah belum jumpa kot, tambah2 introvert keluar gi kerja, habis balik rumah, keluar pun dgn family, memang takdan nak lekat dgn lelaki lah..
Ikutkan best bujang ni, tapi bil fikir masa tua susah jgk sorang2.
Quote cikatilia 3-3-2020 11:18 AM
ada kurangkan beras or kebahagian rumah tangga spa2 ke org2 ni bujang? ke tak lena ke tiba2 semput ke
tidak kan?
Quote husna_amal 3-3-2020 11:31 AM
mungkin terlalu memilih atau tidak dipilih. hehe
Quote Andyscenes 3-3-2020 11:47 AM
mcm aku, cari harta. berbakti pada ibubapa. dr bercinta tapi org xnk, lepastu dorg pun xde effort nk ke arah kahwin.
Quote bloodyamuk 3-3-2020 11:54 AM
Jodoh belum ketemu la...statistik bagai walhal kan semua sudah termaktub...rilek2 sudah...ini buat bancian sibuk kira populasi merundum la apa la...

Mana boleh main paksa pakai belasah je bab2 jodoh ni...
Quote Beribear 3-3-2020 11:54 AM
Nak kahwin tp takde org nak. Single dah 5 tahun lepas breakup. Rasa mcm nak mandi bunga je tp khurafat ke? Kalau nak g mandi bunga kat spa malu lah pula. Diam2 jelah duduk dgn family
Quote Cassieopeia 3-3-2020 11:55 AM
kalau dah jumpa yg sesuai rasanya kawin je.. dari jumpa yg tak sesuai buat kwn gaduh je last2 cerai tak guna jgk
Quote puanbintang 3-3-2020 12:04 PM
susah nak jumpa partner yang betul2 sesuai...

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.094523 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top