CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kejam Gila!" - Tali Tangsi Di Highway Bukan Saja-Saja, Rupanya Mereka Nak Menyamun!

3-3-2020 10:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8105| Komen: 30





Menakutkan!
Apabila jalan raya bukan sahaja menjadi lokasi berlakunya tragedi pelanggaran kenderaan tetapi juga perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Terbaharu, seorang lelaki cedera di muka dan hidung selepas motosikal dipandu terkena tali tangsi di Lebuhraya Duta Ulu Klang (Duke). Gambar mangsa ditularkan oleh rakannya di Twitter menimbulkan kemarahan warganet.

Twitter


Menurut Kasally, mujurlah rakannya membawa motosikal perlahan sahaja dan setelah ternampak tali tangsi tersebut, terus ditolak ke atas hingga menyebabkan mukanya tercedera. Bayangkan jika ada penunggang motosikal yang memandu laju, pasti akan terkena leher dan menyebabkan kecederaan yang lebih dasyat. Mungkin juga membawa maut!

Twitter

Lebuhraya Duke yang dimaksudkan adalah selepas SMK Sri Gombak arah ke Kuala Lumpur, ada satu lorong kiri yang memasuki Changkat Desa. Tidak dapat dipastikan motif tersebut dilakukan, namun dipercayai kerana mahu menyamun motor.

Twitter

Majoriti warganet marah lalu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusian itu dan rupa-rupanya ramai juga yang mengalami pengalaman sama dengan mangsa.

Twitter


Ramai yang menggesa agar pihak polis membuat rondaan di kawasan yang mencurigakan agar dapat menangkap penjenayah tersebut. Seram sungguh modus operandi mereka. Sudahlah mahu menyamun, diletakkan pula senjata tajam yang boleh mencederakan penunggang motosikal. Jadi, hati-hati ya semua. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 3-3-2020 11:00 AM
wehh jahatnya manusia..seram tengok darah tuh
Quote salmon-suki 3-3-2020 11:11 AM
Ehhh jahat dan kejam laa dorg ni..tlg bt #opstalitangsi secara senyap2 and tangkap pelaku tu..pstu seksa dia guna tali tangsi jugak..biar pdn muka..jahat sgt!
Quote cikatilia 3-3-2020 11:16 AM
jahat gila
kalau dpt elok disebat sampai hancur bontot tuh
Quote damsel_fiji 3-3-2020 11:21 AM
gila..ni nak menyamun ke membunuh orang
Quote zarul427 3-3-2020 11:31 AM


ni mesti bdk2 dadah ni
nk duit desperate
Quote Boomibulat 3-3-2020 11:39 AM
betul ke org letak..jgn2 tali layang2 jatuh
Quote husna_amal 3-3-2020 11:47 AM
hanat penyamun2 ni.
Quote Artemesiaa 3-3-2020 12:20 PM
Kejinya perbuatan membahayakan pengguna jalanraya kalau macam ni.  Elok pihak berkuasa tempatan selalu buat pemeriksaan dikawasan tu supaya tak ada yang datang pasang yang baru.
Quote Cassieopeia 3-3-2020 12:28 PM
ngerinya, sbb tu ramai motor kdg ikut jln luarkan..
Quote Carcosa 3-3-2020 01:28 PM
Kalau betul lah org pasang, mmg sial betul perangai.
Dia tak takut ke, kena leher org naik moto tu, buat pulak tgh laju, mau putus wei!! Tak takut ke?? Teruk betul
Quote asmara_me 3-3-2020 02:59 PM
hampir terkena, dari shah alam arah ke KL, jejantas depan Petron Shell batu 3. terasa tali tu, tapi sempat elak. bukan laluan motor, hampir tengah malam macam tu, kau bayangkan tali tgh tgh highway, tapi mesti target moto je, aku naik moto. huhu
Quote puteribaya 3-3-2020 03:03 PM
i teringat dalam tahun hujung 80an..anak buah i baru darjah 2..dia pegi rentang tali tangsi pancing dia kat depan rumah.Ada 2 pokok kat situ..kat taman bukit anggerik cheras. kakak i kat dalam rumah tengah masak, sekali ada motor hon kat depan, posmen goncang pagar marah2..kakak I kluar dan posmen tu jerit2.."nasib baik leher saya x putus kak..anak akak ke yg regang tali ni tengah jalan ni"..kakak I terperanjat siap minta maaf banyak2. Anak buah I yg nakal siap nyorok belakang mak dia..bila mak dia tanya kenapa regang tali tu?.dia kata dia bukan nak kenakan sapa2 tapi dia nak pasang jerat utk tangkap gagak..banyak la ko punya gagak..mendapat lah kena libas ngan penyangkut baju
Quote mizruncing 3-3-2020 03:04 PM
eeiii gelinyaaa. seram weh. bodoh la manusia mcm ni
Quote paz 3-3-2020 03:17 PM
Apalah dasyat sangat perangai penyamun ni. Dah lah penyamun, method yang dipilih pun sangat keji.
Quote ikanmasin 3-3-2020 03:22 PM
jahatnya,mudah2an suami2 dan anak2 kita dilindungi yg mana2 bawa motor tu,risau lah bila tgk kejadian mcm ni.hrp2 dptlah tangkap siapa yg buat dajal benda ni,menyusahkan org2 yg bawa motor.
Quote airmineral 3-3-2020 05:31 PM
gila jahat perangai ni. semoga semua kelakuan jahat ni tidak kena kepada kita semua.
Quote bloodyamuk 3-3-2020 05:31 PM
Boomibulat: betul ke org letak..jgn2 tali layang2 jatuh


mano ada orang main layang2 tepi duke nak masuk changkat tu...
Quote Aai2 3-3-2020 05:39 PM
Ngeri tgk  gambar....
Quote mamatz19 3-3-2020 06:41 PM
giler betul nmpk sgt desperate dah diaorng nie .. kena hati2 kepada yg bawak motorsikal tu .. huhu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.147562 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top