CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Tak Rela Dimekap Jadi Tua, Baik Bagi Can Pada Pelakon Veteran

3-3-2020 11:34 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15970| Komen: 99|Original author: Oleh: LilRose

“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka kena mekap jadi tua?"


Kredit foto: IG

Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta berkeras dengan pendiriannya enggan membenarkan wajahnya dimekap untuk kelihatan tua.

Tegas aktres dan usahawan berusia 46 itu, dia tidak akan menerima sebarang tawaran watak yang menuntutnya berbuat demikian. 

"Baik bagi saja kepada pelakon veteran yang ada. Kalau tidak, nanti pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, bila saya ambil karakter yang kena mekap tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula,” katanya kepada Harian Metro.

Bukannya tidak rela berlakon watak tua, cuma Che Ta enggan wajahnya disolek jadi 'tua'.




“Saya okay saja untuk menjayakan karakter nenek. Lagipun itulah realitinya saya sekarang sudah ada anak-anak yang besar,” jelasnya.

Che Ta yang memegang watak opah dalam drama terbarunya, Family Spy mengakui menerima tawaran berkenaan kerana sesuai dengan usianya.

“Saya faham watak berkenaan menuntut saya menjadi karakter yang pandai bertarung. Lagipun produksi mahukan saya jadi nenek yang berusia dalam lingkungan 40-an,” katanya.




Kalau masih ingat, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac sebelum ini mendapat tentangan ramai selepas mengumumkan larangan pelakon muda disolek seperti orang tua yang berkuat kuasa 1 Januari lalu. 




Che Ta boleh je bawa watak tua pangkat 'nenek-nenek'. Tapi, nenek moden bergaya lah. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 3-3-2020 11:45 AM
Baiklah che ta pose mengiring nganga mulut...  netizen faham nnt x nmpk vouge
Eh dh naik la umur che ta tp sikit je{:thief
Quote Kurex 3-3-2020 11:49 AM
laaaa che ta, kalau kau tak make up pun memamg nampak tua
Quote puanbintang 3-3-2020 11:51 AM
aiseh....bukan da memang  tua ke
Quote kibodwatriuh 3-3-2020 11:54 AM
Kadang-kadang bukan kena mekap tua, kena buang mekap baru nampak tua.
Quote haryatie 3-3-2020 11:55 AM
Edited by haryatie at 3-3-2020 11:56 AM

betul gak tu
da smua watak yg muda nak kebas
pelakon veteran nk jadi apa
cantik la body dia
ko org adooo hehehe
Quote shernazz 3-3-2020 11:57 AM
Baru lalu arcadia apartemen...
Teringay che ta
Rerupanya bebetul che ya keluar kat forum
Panjang umur che ta
Ngah masak gulai ka?
Quote enchantedlurve 3-3-2020 12:02 PM
somehow slalu je nmpk muka dh a bit aging pun...

xperlu make up nmpk tua..
Quote Orgkgdukobesi 3-3-2020 12:05 PM
Laaaa....Nek Ta  ni kalau nak berlakon jadi orang tua memang tak payah mekap mekap   dah. Jimat sikit kos produksi  
Quote mohdcrow 3-3-2020 12:10 PM
So level umur untuk veteran ni berapa sebenarnya? 90 tahun ke atas?
Quote makton 3-3-2020 12:12 PM
masalahnya ko mekap tebal 12 inci pun masih nampak tua. mohon sedaq diri skit cikta oiii
Quote asudau 3-3-2020 12:12 PM
tak berganjak umur che tak..dari dulu asik 46 je jah.
Quote lee_sakura 3-3-2020 12:17 PM
muka che ta kalo dr depan mmg nampak tua, pipi pon jatuh sbb tu dia selalu amik gambar sisi sambil mulut ternganga sbb xnak nampak kedut & pipi jatuh
Quote Rogue98 3-3-2020 12:21 PM
Che ta dah boleh lakon watak mak mertua.
OK apa.  
Quote supermum 3-3-2020 12:24 PM
Betul la dia cakap tu. Kalau nak tua beno, bagila pelakon veteran. Kalau tua setakat paras umur dia sebenar, baru amik dia.
Quote RatuDunia94 3-3-2020 12:25 PM
Tegas aktres dan usahawan berusia 46 itu,


Finally...
Quote Nana_Man 3-3-2020 12:27 PM
Tapi che ta memang dah nmpk berusia pun. Kalau blakon jd nenek kpd budak 5-6 tahun pun ok lah.
Quote mieymiey 3-3-2020 12:32 PM
Iols google, Che Ta lahir tahun 1973.
So sheols dah 47 la yer tahun ni?
Kalau tak semedang umur sheols ni tak berganjak.
Quote Themilo 3-3-2020 12:39 PM
Kurex replied at 3-3-2020 03:49 AM
laaaa che ta, kalau kau tak make up pun memamg nampak tua

suami beliau nampak tua tak kurek? nyam nyam..
Quote VirusDetected 3-3-2020 12:54 PM
mmg dh tua kannnn

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097401 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top