Sistem pengangkutan awam di Seremban, Negeri Sembilan hampir lumpuh pada 3 Mac akibat mogok yang dilancarkan oleh pemandu-pemandu bas Cityliner. Memetik laman Facebook Seremban Page, kira-kira 80 pemandu terbabit mengambil tindakan itu bagi menuntut gaji dan elaun kerja masa yang tertunggak.
Difahamkan kali terakhir mereka menerima gaji adalah pada Disember 2019 dan jumlah yang dibayar adalah RM500 sahaja. Itu bermakna pihak majikan masih belum menunaikan gaji mereka kira-kira 1.5 bulan. Manakala, elaun lebih masa pula dikatakan kini tertunggak selama tiga bulan. "Slip gaji kami menunjukkan KWSP dan SOCSO telah dipotong tetapi tidak dicarum oleh pihak majikan selama setahun lebih" kata seorang pemandu bas. Mereka berkumpul di pekarangan depo Cityliner di Seremban 2 mulai pukul 9 pagi dan tiada bas yang beroperasi. Keadaan tegang diredakan dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia. Pemandu-pemandu bas yang mogok diberi penerangan tentang hak-hak mereka dalam proses tuntutan gaji melalui saluran yang betul dan lebih terurus. Tidak dimaklumkan sama ada mogok berakhir namun diharapkan kemelut ini diselesaikan segera demi kepentingan orang ramai di Seremban. - CARI
|
Kurex replied at 3-3-2020 01:32 PM
salah satu ciri syarikat bakalan bungkus..
- bayar gaji makin lambat
ADVERTISEMENT