CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantar Mesej Lucah, Anak Rayu Adun Padam Gambar Bapa

3-3-2020 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14898| Komen: 59

Sering menerima gangguan berupa mesej lucah daripada seorang lelaki, Adun DAP, Young Syefura Othman atau Rara dikatakan memuat naik gambar lelaki berkenaan di laman sosial.

Pun begitu, Rara akhirnya akur untuk memadam gambar lelaki berkenaan selepas diminta oleh anak perempuan kepada si pelaku.

Kredit foto: The Star

Memetik laporan ProjekMM, Rara memadam gambar si pelaku sekeluarga yang dimuatnaik sebelum itu di Twitter. 

“Saya padam posting tadi kerana atas permintaan anak pelaku,” katanya. 


Menurutnya lagi, dia sering menerima mesej lucah sejak berkecimpung dalam dunia politik 7 tahun lalu. 

“Sejak awal penglibatan saya dalam politik dan kini selepas 7 tahun, saya kerap menerima komen-komen seperti ini sama ada di posting page saya atau posting page lain.

“Saya lihat semakin hari perkara ini semakin tidak terkawal dan sikap individu-individu seperti ini semakin teruk.

“Jika saya tidak bagus dalam menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat kamu boleh menegur saya tentang pekerjaan saya.

“Tetapi bukan dengan cara memperlekeh dan mempertikai jantina saya, status saya dan terampilan saya,” katanya. 

Ramai netizen melahirkan ucapan 'respect' kepada Rara kerana sanggup memadam gambar tersebut demi permintaan anak pelaku. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orgsepang 3-3-2020 03:22 PM
Patut lapurkan pada polis terus, melampau betul. Kan yang malu anak dan keluarganya juga.
Quote manehnya 3-3-2020 03:26 PM
msg lucahnya mana
Quote dua_chzy 3-3-2020 03:26 PM
Biasalah jantan. Deyol ingat deyol boleh get away ngan everything.
Quote DARSITA 3-3-2020 03:26 PM
orgsepang replied at 2-3-2020 11:22 PM
Patut lapurkan pada polis terus, melampau betul. Kan yang malu anak dan keluarganya juga.


Lelaki lelaki kawasan dia dan pekan berhampiran 80% jenis gatei. Kadang malu tgk post dia orang yang berbau lucah dgn Rara.


Quote I.am.PH 3-3-2020 03:31 PM
OMG... She is one of my idol. I'm inspired to become like her

Jangan-jangan yang hantar tu geng kerajaan pintu belakang
Quote hasniey 3-3-2020 03:42 PM
Jantan tua xsedar diri.ko yg buat salah anak bini yg malu.baik mati jelahhh
Quote husna_amal 3-3-2020 04:29 PM
kepada en. suhaimi berkenaan, bertaubat lah. buat malu je perangai macam tu. *kalau lah dia masuk baca forum ni*
Quote bakingsoda 3-3-2020 04:29 PM
kesian anak malu dgn perangai bapak
Quote insulin 3-3-2020 04:33 PM
I.am.PH replied at 3-3-2020 03:31 PM
OMG... She is one of my idol. I'm inspired to become like her

Jangan-jangan yang hantar tu geng k ...

Tak baik menfitnah orang lain tau.
Quote Cassieopeia 3-3-2020 04:54 PM
I.am.PH replied at 3-3-2020 03:31 PM
OMG... She is one of my idol. I'm inspired to become like her

Jangan-jangan yang hantar tu geng k ...

kalau YDPA yang pilih, kerajaan pintu belakang jgk ke?? btw jgn suka fitnah
Quote fliphair8 3-3-2020 05:16 PM
Pelik tul sume benda nak kait politik...jantam hamsap ni bersepah dek oiii...bosannyaaaa...
Quote Ed_Lyn 3-3-2020 05:21 PM
Patut kena tindakan lelaki hamjad yg hantar mesej tak senonoh begitu..
Quote Ladybird910 3-3-2020 05:22 PM
I.am.PH: OMG... She is one of my idol. I'm inspired to become like herJangan-jangan yang hantar tu geng kerajaan pintu belakang

Hasutan ke ni?
Quote LadyCarefree 3-3-2020 06:51 PM
Cassieopeia: kalau YDPA yang pilih, kerajaan pintu belakang jgk ke?? btw jgn suka fitnah



Tetap backdoor govt walau ydpa perkenan
Quote munchkin 3-3-2020 06:59 PM
Salam takziah. Nasib dia padam. Bertimbang rasa juga dia walau diperlakukan sebegitu
Quote dramaking007 3-3-2020 07:18 PM
munchkin replied at 3-3-2020 06:59 PM
Salam takziah. Nasib dia padam. Bertimbang rasa juga dia walau diperlakukan sebegitu

maybe lembut hati sebab si anak yg merayu rayu.....kalau x kesudahnya....apak nyer ade ke merayu mcm tu...kesian giler anak...
Quote xy_daen 3-3-2020 07:23 PM
LadyCarefree replied at 3-3-2020 06:51 PM
Tetap backdoor govt walau ydpa perkenan

Apa yang backdoor nyer?
Quote faint_heart 3-3-2020 07:30 PM
Mana msgnya dn gbr pelaku? Nk tgk gak
Quote munchkin 3-3-2020 07:31 PM
dramaking007 replied at 3-3-2020 07:18 PM
maybe lembut hati sebab si anak yg merayu rayu.....kalau x kesudahnya....apak nyer ade ke merayu m ...

Itulah pasalnya. Masa buat tak fikir.



Kesian anak kesian keluarga

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.089567 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top