CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Musnah Akibat Banjir, Lelaki Bunuh Diri Sebab Tak Dapat Bantuan Kerajaan

3-3-2020 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2932| Komen: 16

Kecewa tidak menerima bantuan kerajaan, lelaki memilih jalan singkat dengan membunuh diri di Wayanad, daerah Kerala, India.

Memetik India today, keluarga lelaki berusia 42 tahun itu mendakwa dia kecewa kerana tidak menerima bantuan daripada kerajaan untuk membina semula rumahnya yang musnah akibat banjir besar pada 2019.



Gambar hiasan

Bagaimanapun, keluarganya mendakwa mangsa, Sanal tidak memiliki sebarang dokumen membuktikan hak pemilikan tanah dan rumah yang rosak itu.

Mayat mangsa ditemui tergantung di dalam rumah sementara mangsa banjir di Meppadi. Sanal dikatakan meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.

Berdasarkan laporan polis, hasil siasatan awal mendapati mangsa membunuh diri akibat mengalami masalah kewangan.

Menurut abang mangsa, Sanal mengalami masalah kewangan dan rumahnya musnah pada Ogos 2019 akibat banjir besar, namun tidak mendapat bantuan kerajaan untuk membinanya semula.


"Hampir 50 tahun dia menetap di tanah itu bersama keluarganya, tetapi mereka tiada dokumen sah untuk membuktikan tanah berkenaan milik mereka," katanya.

Keluarga mangsa membina pondok sementara dengan bantuan ahli keluarga lain dan penduduk tempatan, di mana mayatnya ditemui pada pagi Isnin. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 3-3-2020 06:25 PM
Gitu eh?apa nak heran,ramai sgt gomen india tu nak kne kaver,setakat terlepas a few tu biaselaa..tp apa laa jd ngn wife n anak2 dia nanti..hmmm
Quote JohnyEnglish 3-3-2020 06:31 PM
Baru sehari jd kerajjan mana sempat buat ape2 lg.ta bleh tggu sebulan dua lag ka baru bunuh diri
Quote dudaberhias 3-3-2020 06:33 PM
Kesian, mungkin terdesak sangat kot. Lagipun tanah pun takde. Sana memang overpopulated.
Quote Kurex 3-3-2020 08:20 PM
claim tanah dan leluhur india berpisah tiada
Quote Tinot7 3-3-2020 08:26 PM
JohnyEnglish replied at 3-3-2020 06:31 PM
Baru sehari jd kerajjan mana sempat buat ape2 lg.ta bleh tggu sebulan dua lag ka baru bunuh diri:huf ...


Acik jonny, acik dok kat kerala India ke? Kat sana mmg kerajaan baru sehari yek?

Kecewa tidak menerima bantuan kerajaan, lelaki memilih jalan singkat dengan membunuh diri di Wayanad, daerah Kerala, India.
Quote bloodyamuk 3-3-2020 08:50 PM
waduh depression pakcik ni
Quote Sazida 3-3-2020 09:36 PM
Kenapa bunuh diri? Bagus serah diri kt rimau je. Dpt pahala
Quote Cassieopeia 3-3-2020 10:59 PM
senangnye fikiran
Quote buapakperut 4-3-2020 12:53 AM
heran pulak masa musnah dia tak bunuh diri
Quote ninja boy 4-3-2020 12:58 AM
Tarak heran sana setiap saat bayi lahir setiap saat org mati. Gov x heran sama dia, manusia india terlalu ramai
Quote makadek 4-3-2020 07:14 AM
Nyawa kt sana mcm tk bernilai
Quote minguk 4-3-2020 09:53 AM
senang betul dia fikir cara selesaikan  masaalah
Quote hasniey 4-3-2020 09:57 AM
Kesian.agaknye rumah family tu jenis buat rumah atas tanah kosong buta2 je.xde document xde apa.yelah,memandangkan kaum tu suka buat mcmni kt malaysia xmustahil jgk kannn
Ataupon kerajaan xmo keluar duit,byk rumah yg musnah.kerajaan diorg pon corrupt boleh tahan
Quote orgsepang 4-3-2020 10:01 AM
Tak hairan. Di sini pun kaum ni memang suka bunuh diri cuma sekarang dah berkurangan.
Quote Dunhill. 4-3-2020 10:06 AM
Edited by Dunhill. at 4-3-2020 10:08 AM

Kampung Tun Mahathir ke ni? takkan dia tak suruh adik dia Pinarayi Vijayan Ketua Menteri Wilayah Kerala tu pergi tolong...  







Quote husna_amal 4-3-2020 10:38 AM
akal cetek je pilih jalan bunuh diri ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.227984 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top