CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Selar Stesen Televisyen Guna Kesedihan BCL Untuk Naikkan Rating!

4-3-2020 09:46 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 4413| Komen: 11|Original author: Oleh: Myeonir

Umum nampaknya masih lagi terkesan dengan berita kematian pelakon berasal daripada Malaysia iaitu Ashraf Sinclair. Siapa sangka di usia muda, lelaki itu terkena serangan jantung semasa dalam tidurnya.


Pemergiannya itu menyebabkan isteri kesayangan yang juga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari kini menjadi balu selain anaknya Noah sekarang hidup tanpa bapa di sisi.


Kredit foto: Blog

Meskipun dilanda ujian, Bunga tetap kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Dia juga telah kembali mengisi jadual seninya bermula dengan konsert kecil di Indonesia selain menjadi juri tetap di Indonesian Idol.

Selepas tidak hadir seminggu ke rancangan realiti itu kerana menguruskan perihal kematian suaminya, penyanyi terbabit kembali menghiasi kerusi juri semula. 

Untuk episod terbaru ini, Judika tampil melakukan persembahan khas dengan lagu barunya iaitu 'Tak Mungkin Bersama'.




Yang menjadi perhatian ramai adalah apabila Bunga mula menangis teresak-esak ketika Judika mendendangkan lagu tersebut sehingga dia terpaksa ditenangkan juri lain.

Pun begitu, netizen mula mempersoalkan tujuan sebenar di sebalik rancangan tersebut mengaturkan persembahan yang nyata beremosi untuk tontonan BCL. 

Ramai sebal kerana pihak produksi seolah-olah menggunakan kesedihan wanita itu untuk menaikkan rating mereka.

Bukan sahaja netizen Malaysia yang mempersoalkan hal ini, bahkan netizen Indonesia juga meluahkan rasa kesal mereka kerana stesen televisyen tempatan sanggup menggunakan Bunga dengan publisiti murahan sedemikian.


Kredit foto: Twitter

Tak kurang juga ada yang mempersoalkan kesemua pengguna laman media sosial yang memuat naik entri mengenai video tangisan BCL. Macam sengaja nak raih pengikut dan tontonan sahaja!

Tanah di kubur Ashraf masih merah lagi, dah tentulah BCL masih dirundung rasa sedih. Janganlah ambil kesempatan! - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-3-2020 09:54 AM
dah ada dah benang ni
Quote RatuDunia94 4-3-2020 10:17 AM
Habis penonton kat sana pon mmg suka drama2 mcm ni.. kalau tgok show2 kat tv sana pon over yach kalau bab sedih2 ni..  entah2 real atau settingan.. sah2 settingan..
Quote tagas 4-3-2020 10:41 AM
takpelah

tu sume make money

sumber rezki depa

makin byk drama makin buat duit
Quote Artemesiaa 4-3-2020 12:45 PM
Dalam dunia ni ramai je suka ambil kesempatan atas kesusahan dan kesedihan orang lain demi kepentingan diri sebab tu kena hati2 selalu.
Quote domestobot 4-3-2020 01:31 PM
producer tengok peluang untuk naikkan rating camni langsung muncrat (pancut) macam Rizieq Shihab.
Quote husna_amal 4-3-2020 03:20 PM
biasalah tu memanfaatkan situasi. ada orang sensetif ada pula yang tak.
Quote Sangkar_Emas7 4-3-2020 04:16 PM
Mmg betul pon kan...peluang utk naikkan rating. sbb semua org mmg tertunggu2 reaksi bcl.
Quote Cassieopeia 4-3-2020 04:35 PM
erm teruk juga dia menangis.. penerbit ni saje mengundang
Quote Jemahjemah 4-3-2020 10:09 PM
Aku still sedih everytome tengok video bcl ni. Mmg ship sgt ashraf ngn bcl ni sbb relationship goal sgt. Even diaorg pun ngaku ada turun naik dalam hbgn tp still mampu kekalkan rumahtangga. Kemana2 bersama je. Bila sorang dah takde mmg terasa giler {:cryrun
Quote chinta89 5-3-2020 11:00 AM
cheap publicity!
Quote biozipstar 10-4-2020 03:08 PM
kalau kt korea.... kes ala2 gini... last2 anak si mati jadi penjenayah, membunuh reporter sbb dendam... ini cerita saja... moga BCL tabah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052031 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top