CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Buat Apa-apa, Jaga Teman Wanita Demam Je...'

5-3-2020 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6357| Komen: 36

Pelbagai alasan diberikan mereka yang ditangkap khalwat sehingga ada kala tidak masuk dek akal.

Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang dicekup berkhalwat di sebuah rumah di tepi kilang topi keledar di Jalan Sungai Korok, di Jitra, semalam memberi alasan tidak munasabah. Katanya, dia hanya menjaga teman wanitanya yang demam.



Gambar hiasan

Bertindak atas maklumat orang awam, Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) memberkas lelaki berusia 33 tahun itu dicekup berkhalwat dengan janda berusia 40 tahun pada jam 12.50 tengah malam.

"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu rumah itu dibuka seorang wanita selepas kira-kira lapan minit.

“Ketika itu, wanita terbabit ditemui memakai kemeja-T dan berkain batik dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui lelaki itu ditemui bersembunyi di sebalik baju yang digantung dalam bilik berkenaan dan dia hanya berseluar pendek tanpa baju,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib.



Kredit foto: Harian Metro

Pasangan itu kemudian mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. - CARI
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 5-3-2020 12:03 PM
Siannya gf dia, demam pun kena tangkap khalwat. {:childlike
Quote ellejo 5-3-2020 12:05 PM
rajin ketuk pintu janda. pintu ibu tunggal anak yatim fakir miskin tak ketuk ke?
Quote margo20 5-3-2020 12:09 PM
Bagusnya pakwe smpai tak keje nk jaga punya pasal
Quote Boomibulat 5-3-2020 12:11 PM
Baru tau kat Jitra ada kilang topi keledar..
@sarah82 mesti tau tpt ni..
Quote yuki812 5-3-2020 12:15 PM
huntong lah..demam pon ada yg jaga.
kita demam ke..terbaring..meniarap hah..lantak ler ko situ..
Quote duri_durians 5-3-2020 12:18 PM
aku lebih tertarik dgn kilang topi keledar..
Quote apedehal 5-3-2020 12:19 PM
Aku xfaham betul la gambo tu..pening aku memikiorkan posisi gambo first tu
Quote Ladybird910 5-3-2020 12:21 PM
Hmm kat kaw rakyat marhaen laju la ko tgkp..kt kl blambak buat zina korg xde pon uppp paper...busy apa pon taktau!
Quote sarah82 5-3-2020 12:21 PM
Boomibulat replied at 5-3-2020 12:11 PM
Baru tau kat Jitra ada kilang topi keledar..
@sarah82 mesti tau tpt ni..

Jalan sg korok,  belakang rumah tok aku mengasuh ni
Quote Kiah.comei 5-3-2020 12:23 PM
Rajin boypren nak jaga girlpren demam

Quote sarah82 5-3-2020 12:25 PM
Tak salah aku, kwsn ni kampung.. Tepi jalan.. Rumah kmpg byk..
Quote prettyuglybabe 5-3-2020 12:29 PM
kedah memang jenis orang bz bodi kan..
kat hotel pun tak selamat..
lain kali pi siam jah..
tak pun pi penang nun..
bukannya jauh sangat
Quote 3480 5-3-2020 12:36 PM
duri_durians replied at 5-3-2020 12:18 PM
aku lebih tertarik dgn kilang topi keledar..

Dan jln sg korok.. aku tringat klorox
Quote ctcheery 5-3-2020 12:40 PM
Bagusnya bopren Jaga hands demam {:thief
Quote ctcheery 5-3-2020 12:41 PM
*janda lah apa typo teruk nih T__T
Quote husna_amal 5-3-2020 12:41 PM
Seronok sangat ke berzina tu. Masing2 dah tua, kalau suka apasal tak nikah je.
Quote sarah82 5-3-2020 12:45 PM
prettyuglybabe replied at 5-3-2020 12:29 PM
kedah memang jenis orang bz bodi kan..
kat hotel pun tak selamat..
lain kali pi siam jah..

Tempat tu keliling kmpg.. Org kmpg mmg mcm tu
Quote MFR_IN 5-3-2020 12:50 PM
apedehal replied at 5-3-2020 12:19 PM
Aku xfaham betul la gambo tu..pening aku memikiorkan posisi gambo first tu

adeh aku pun sama, pening gak
Quote duri_durians 5-3-2020 12:52 PM
3480 replied at 5-3-2020 12:36 PM
Dan jln sg korok.. aku tringat klorox

dulu kecik2 biasa guna "korok kau".

tak sangka jadi nama jalan

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.158656 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top