Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Covid-19 yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu menjadi penggerak kepada penyanyi genit, Ernie Zakri untuk berhijab. Ernie, 28, mengumumkan penghijrahan tersebut menerusi laman Instagramnya pada 24 Mac. Juara Bintang RTM 2009 itu berkata, sudah lama dia menyimpan keinginan untuk berhijab dan hasrat itu semakin memuncak saat sedang diuji bersama rakyat Malaysia yang lain dengan pandemik Covid-19. "Saya pernah berjanji dalam diri, tahun 2020 akan menjadi titik penghijrahan. Memang sudah terdetik dalam hati, saya mahu berubah menjadi lebih baik sebelum menunaikan ibadah umrah pada penghujung tahun lalu.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan tersusun cantik pada saat saya berehat daripada kerja seni akibat situasi penularan wabak Covid-19," katanya kepada Berita Harian Online. Menceritakan detik-detik bertudung, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah memberitahu, niatnya itu telah dimaklumkan kepada ibunya menerusi aplikasi Whatsapp jam 2 pagi pada 23 Mac lalu. Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ku Bersuara' itu berkata, berita tersebut amat menggembirakan ibunya yang ketika itu berada di tingkat bawah rumah mereka. "Saya akui ada dalam kalangan ahli keluarga terkejut apatah lagi sewaktu kerjaya seni saya sedang meluncur laju ketika ini. "Apa pun tiada apa yang akan berubah di sebalik penghijrahan ini. Saya akan terus menyanyi dan bakal muncul dengan video muzik terbaru, Gundah pada 27 Mac ini," katanya. Semoga Ernie istiqamah. - CARI
|
bonggo replied at 25-3-2020 12:36 PM
Ernie do something kat bibir dia ke. Nampak tebal dlu nipis je. Boh filler ke
miracle_forever replied at 25-3-2020 03:29 PM
ELok laaa...tapi mcm too soon. JGn lps setahun dua start pakai turban la, topi la...tunjuk jambuul l ...
ADVERTISEMENT