Selepas Tomok dan Black Hanifah dikecam netizen kerana memohon bantuan kerajaan, semalam Shuib Sepahtu tampil mempertahankan penyanyi terbabit. Ini kerana menurutnya, artis dan pekerja belakang tabir yang kini tiada "job" kerana penggambaran dibatalkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memetik Ohbulan, Shuib menegaskan, rakan-rakannya itu bukan meminta bantuan untuk diri sendiri tetapi penggiat seni lain yang terkesan akibat PKP. Tonton video penjelasan Shuib di bawah ini
Kenyataan Tomok dan Black itu kononnya untuk mewakili seluruh artis-artis lama, veteran dan penggiat seni lain "Mereka keluarkan kenyataan untuk mewakili artis-artis lama, artis veteran, penggiat seni lain macam pengarah, penulis skrip, make-up artis dan sebagainya. "Sebab bila ada PKP confirm mereka tiada job. Kita pun tak tahu berapa lama akan berada dalam PKP" katanya. Shuib menjelaskan artis juga rakyat malaysia yang banyak berjasa untuk negara. Artis juga harus dibantu bukan disisihkan. "Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show untuk hiburkan korang. Artis dan barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan. "Mungkinlah kerajaan boleh keluarkan bantuan khusus untuk artis dan penggiat seni yang tak ada job langsung. Itu saja. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada nak buat macam mana?" katanya. Semoga kerajaan memberikan bantuan kepada artis selepas penjelasan Shuib ini. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|