Banyak sangat benda negatif yang berlaku dalam industri hiburan baru-baru ini. Lain pula bagi Zulin Aziz, dia muncul meraih perhatian ramai bukan dengan kontroversi tapi dengan video lucu.
Selebriti ini kata dia cuba memberi hiburan kepada peminat. "Kalau kita lihat industri hiburan sejak kebelakangan ini, terlalu banyak aura negatif yang boleh memberi gangguan emosi. ???Menerusi video komedi ini, saya cuba cipta suasana positif kepada semua pihak. "Alhamdulillah, saya banyak menerima mesej peribadi daripada pengikut dan netizen yang suka dengan video itu. Mereka meminta saya terus menghasilkannya," katanya kepada BH Online.
Yang menariknya, video Zulin tular sampai artis Bollywood, Arjun Rampal pun perasan. Di Twitter, Arjun meminta tolong jika ada yang sudi menterjemahkan apa yang dikatakan oleh Zulin. Wow, bukan calang-calang okay! "Semuanya saya buat sendiri, bermula daripada proses mencari bahan, rakaman dan suntingan. Memandangkan ada penggunaan bahasa Hindi, saya kena cari perkataan yang boleh disesuaikan dengan Bahasa Melayu supaya boleh nampak kesinambungan cerita. Kemudian baru saya cari tema untuk diketengahkan. "Memang rumit tetapi bila mendapat maklum balas yang positif dari pengikut, saya puas hati. Lagipun, saya sudah lama tak buat video, jadi ia memberi kepuasan peribadi,??? tambahnya. Tengok lepas ni apa lagi video parodi yang Zulin nak buat. -CARI |
sarah82 replied at 3-4-2020 06:47 PM
Aku gelak tak leh tgk habis.. Lawak.. Arjun rampal ni hit namatey
krustykrab replied at 3-4-2020 11:06 PM
Arjun rampal tu yg video first ke?
kiah_mai_pulak replied at 3-4-2020 06:59 PM
dh tu kita nk kena terdampar kat mana2 x ni?
ADVERTISEMENT