Kredit foto: Instagram bondarozitaibrahim Kontroversi mengenai rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida makin hangat diperkatakan. Jika sebelum ini, kita cuma mendengar khabar angin tentang permohonan bercerai yang dibuat oleh Datin Shahida. Namun kemudian, Aliff Syukri sendiri mendedahkan surat tuntutan cerai daripada isterinya di dalam InstaStory. Aliff Syukri tidak lagi mengikuti Datin Shahida di Instagram dan terbaru, ibu kepada Aliff, bonda Rozita Ibrahim juga dikatakan turut membuat perkara yang sama. Memetik laporan BH Online, Datin Shahida berkata, dia tidak tahu bahawa ibu mertuanya telah tidak mengikuti dirinya dalam Instagram. "Saya tak perasan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya. Sejujurnya, saya juga tak tahu Aliff unfollow saya tempoh hari". Bagaimanapun, kata Datin Shahida dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu hak dan pilihan masing-masing. Sementara itu, netizen membuat spekulasi mengenai kata-kata nasihat yang dimuatnaik Bonda Rozita Ibrahim di dalam Instagram, adalah ditujukan kepada menantunya, Datin Shahida.
Bonda Rozita menulis, "Kesetiaan itu adalah harga mati! Jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia. Kerana setia itu tak mudah dilakukan." "Setia itu mahal! Jadi jangan pernah berharap untuk mendapatkan kesetiaan tu dari orang yang tak boleh menjaga dirinya," kata bonda Rozita lagi. Beliau juga menyambung jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia. Status yang dimuat naik oleh Bonda Rozita bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada pengikutnya yang mendakwa ia ditujukan kepada Datin Shahida. Kredit foto: Instagram bondarozitaibrahim Mungkin juga nasihat yang dimuatnaik Bonda Rozita itu adalah untuk umum. Hampir setiap hari beliau rajin memuat naik kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk semua di dalam instagramnya. Bagaimana pula pendapat anda?- CARI |
CiliPadiSedap replied at 13-4-2020 10:46 AM
Geli tengok bonda kutuk menantu diri sendiri pun xde harga setia dengan arwah ayah alif shukri, lagi ...
coco replied at 13-4-2020 09:35 AM
masalahnya.... BONDA HUTAN ni setia ke kat suami dia yang pertama - apak si alip ting tong yang dah ...
ADVERTISEMENT