Kredit foto: Al-Mesbar Center Kalau sebut Australia, kebanyakan masyarakat kita akan membayangkan negara orang putih yang penuh sifat perkauman dan membenci bangsa lain khususnya orang Asia dan mereka yang beragama Islam. Baru-baru ini, ada kejadian serangan kepada dua pelajar perempuan berketurunan Cina dan juga serangan-serangan terpencil kepada umat Islam, yang menguatkan lagi tanggapan ini. Ramadhan baru bermula dan kaum muslimin di Australia seramai 604,200 orang (sumber daripada 2016 Australian Census) atau 2.6% daripada jumlah populasi, tidak ketinggalan dalam melakukan ibadah puasa. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut membuat video ucapan kepada semua warganegara beragama Islam yang menyentuh hati.
Di dalam ucapannya, Scott Morrison mengatakan Ramadhan adalah masa untuk muslim beribadat dan berpuasa tetapi tahun ini, ia disambut berbeza iaitu di rumah kerana situasi wabak Covid-19 yang tengah melanda seluruh dunia. Ucapan Scott Morrison Sempena Ramadhan. Video kredit: Facebook Halal Advisor Australia Scott Morrison berkata bahawa dia turut berharap masjid dapat dibuka ketika bulan mulia ini. Beliau berjanji satu hari nanti, rumah ibadah akan dibuka semula dan semua lapisan masyarakat dapat kembali menyambut hari perayaan mereka. Bagaimananapun, semua orang harus memainkan peranan dalam mengatasi Covid-19 tanpa mengira kaum dan agama. "Saya berharap muslim di Australia akan mendapat kekuatan daripada kepercayaan mereka, keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua muslim di seluruh Australia kerana menunjukkan contoh dan teladan yang baik di dalam komuniti", kata beliau lagi. Saya harap anda akan bersabar di waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita berdoa dan menyokong antara satu sama lain untuk mengatasi krisis ini. Ramadhan Kareem," akhiri Scott Morrison dalam ucapannya. Sementara itu, salah satu rangkaian pasaraya terbesar di Australia, Coles turut membuat dekorasi sempena menyambut Ramadhan dan menjual kurma untuk umat Islam berbuka puasa. Kredit: Facebook Australian Halal Food Guide Situasi ini sedikit sebanyak melegakan umat Islam yang merupakan minoriti di bumi Australia. Walaupun sesekali, ada berlaku serangan bersifat perkauman oleh warga tempatan tetapi masih ramai yang baik hati dan bersikap terbuka kepada orang luar. Harap warga Malaysia yang berpuasa di Australia dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan kita sama-sama bersabar dalam menghadapi wabak Covid-19 pada tahun ini.- CARI
|
Akumagoukioni replied at 27-4-2020 02:39 PM
Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.
Skuau replied at 27-4-2020 02:42 PM
bg kami Selayang.
Skuau replied at 27-4-2020 02:42 PM
bg kami Selayang.
Akumagoukioni: Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.
Sham143 replied at 28-4-2020 05:57 AM
Pembetulan...Kami tk menganak tirikan Rohingya di Malaysia.. Rohingya adalah saudara islam kami.. ...
Tinot7 replied at 27-4-2020 06:29 PM
pindah je la ke Ozzie... tanah luas tu.. @Akumagoukioni
Sila lihat minit 1:00
acik79 replied at 28-4-2020 07:25 AM
Betul tu... banyak lagi tempat kosong kat sana.... petani2 (ladang anggur) kat sana kaya raya tapi ...
acik79 replied at 28-4-2020 07:20 AM
Aku sokong... kita bg betis dia nak paha....
Akumagoukioni replied at 27-4-2020 02:39 PM
Kami Rohingya di Malaysia di anaktirikan oleh saudara islam malaysia.
ADVERTISEMENT