Membesarkan anak kelainan upaya (OKU) bukan sesuatu yang mudah. Walaupun begitu, anak OKU tidak sepatutnya dianggap bebanan bagi mereka kerana mereka juga amanah yang diberi Allah kepada kita. Pengacara televisyen terkenal Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kekecewaannya mengenai komen seorang penjaga mendesak agar kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) dibuka semula kerana tidak tahan menjaga anak OKU. Komen berkenaan dibuat menerusi siaran langsung pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kes COVID-19. Fetri turut berkongsi luahan seorang guru PKKI yang berkongsi rasa yang sama dengannya. Rata-rata netizen turut berasa geram dengan komen dibuat ibu bapa berkenaan. Anak istimewa memerlukan perhatian dan penjagaan terbaik daripada ibu bapanya sendiri, bukan orang lain. Malah, ia tiket untuk ibu bapa ke syurga jika melayan dan menyantuni mereka sebaiknya. - CARI |
fadz84 replied at 9-5-2020 12:49 PM
Ayat puitis dia tu tak blh blah.. ala2 poems ke hape tu.. huhu
KIM.K replied at 9-5-2020 04:43 AM
Bagitau aku kenapa fetri asyik merempan sekarang
nazzse replied at 9-5-2020 01:04 PM
Memang heols selalu merempan pun kan..
Dgn ayat konon puitis tu, euww sangat
aijinmisaki replied at 9-5-2020 01:15 PM
Who is this guy?
fadz84 replied at 9-5-2020 12:49 PM
Ayat puitis dia tu tak blh blah.. ala2 poems ke hape tu.. huhu
ADVERTISEMENT