Setiap kali tiba bulan Ramadan lagi mulia, ramai orang berlumba-lumba melakukan kebaikan. Golongan selebriti pun tidak terkecuali apabila ramai daripada mereka akan tampil dengan imej bertudung ketika menyambut Ramadan.
Sebagai tanda menghormati bulan mulia ini, King Coco juga kini dilihat 'mencuba-cuba' bergaya dengan tudung. Menerusi Instagram, King Coco atau Marshaira Ismail, 22, bagaimanapun menjelaskan supaya jangan salah sangka dia sudah berhijrah. Sebaliknya, dia mengambil kesempatan di bulan puasa ini untuk berlatih mencuba memakai tudung. "Jangan salah faham, saya masih belum bertudung sepenuhnya," tulisnya. Manis juga King Coco bila tampil bertudung begini. - CARI
|
ADVERTISEMENT