Pelakon dan penyanyi, Emeelya Elyana Emrizal atau lebih mesra disapa Elyana masih bertarung melawan kanser Limfoma tahap 4 yang dihidapinya sejak 8 tahun lalu. Namun, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata ini tetap positif meneruskan rutin harian bersama keluarga tersayang. Berkongsi perkembangan kesihatannya kepada BH Online, Elyana memberitahu bahawa dia masih sakit namun tidaklah seteruk seperti dahulu. "Saya masih pesakit kanser tahap empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang, sakit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu. "Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya sakit, ada kalanya tidak. "Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang," katanya kepada BH Online. Elyana mengaku sudah lebih setahun dia tidak berjumpa doktor atau pergi membuat pemeriksaan di hospital.
"Kali terakhir saya ke hospital adalah awal tahun lalu untuk menjalani rawatan radioterapi selepas sel kanser menyerang tulang belakang. Kongsi Elyana, tahap kesihatannya itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya. Bertanya mengenai ibadat puasa, Elyana bersyukur masih mampu menunaikannya. "Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu. "Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa. "Kebetulan, sebelum saya mengambil anak angkat tahun lalu, saya mengupah pembantu rumah. Jadi tidaklah memenatkan untuk mengasuh anak angkat," katanya. Tahun lalu, Elyana mengambil Cahaya Ramadhani sebagai anak angkat. Pada 17 Mei ini, Cahaya genap setahun. Sama-sama kita doakan Elyana terus kuat dan sembuh suatu hari nanti - CARI |
belacan_gurl replied at 8-5-2020 05:42 PM
Kuat semangat dia ekk ...sbb selalunya yang mampu bertarung dgn kanser hanya mereka yg kuat semangat ...
belacan_gurl replied at 8-5-2020 05:42 PM
Kuat semangat dia ekk ...sbb selalunya yang mampu bertarung dgn kanser hanya mereka yg kuat semangat ...
anakjiran: limfoma ni bahaya ke? sebab tengok dah tahap 4 pun badan macam sihat je..kesiannya
zuriey replied at 8-5-2020 07:00 PM
Ok dikk akak mls nk kecam..good luck je lah .
anakjiran replied at 8-5-2020 05:42 PM
limfoma ni bahaya ke? sebab tengok dah tahap 4 pun badan macam sihat je..kesiannya
Knowlee replied at 8-5-2020 08:26 PM
Tengok apa jenis lymphoma juga. Ada jenis yg boleh dirawat dan patient sembuh sepenuhnya. Ada yg j ...
ADVERTISEMENT